Terima rasuah RM7,800, tiga anggota polis ditahan

286

Tiga anggota polis ditahan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Mersing, selepas dipercayai meminta dan menerima rasuah, malam tadi.

 

Sumber SPRM berkata, ketiga-tiga suspek lelaki berusia antara 36 hingga 42 tahun ditahan di Pejabat SPRM Negeri Johor kira-kira jam 7 malam tadi.

Difahamkan, semua suspek meminta dan menerima wang rasuah berjumlah RM7,800 daripada pemandu lori kelapa sawit dan baja sekitar Mersing pada November lalu.



Ia sebagai dorongan untuk tidak dikenakan tindakan undang-undang mengikut Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Sementara itu, Pengarah SPRM Johor, Datuk Azmi Alias ketika dihubungi mengesahkan penahanan berkenaan. 

“Semua suspek akan dibawa ke Mahkamah Majistret Johor Bahru pagi ini bagi mendapatkan permohonan reman,” katanya.

Kes disiasat mengikut Seksyen 17a Akta SPRM 2009.

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here