“Bukan kereta saya, kawan isi minyak,” pengemis kantoi pandu Honda CR-V

180

Seorang wanita dipercayai menyamar sebagai pengemis tertangkap memandu sebuah Honda CR-V. 

Video pendek itu dikongsi di media sosial X yang mana pemilik video mengekori pengemis tersebut lalu melihatnya masuk ke dalam SUV berkenaan.



“Naik Honda oi. Naik Honda, kau peminta sedekah naik Honda, jauh kau parking sebab tu aku jumpa kau kat Keramat hari tu.

“Dahsyat aaa you, siapa isi minyak. Kawan you memang bagi pinjam kereta?. Takpelah nanti saya trace,” kata lelaki itu. 

Bagaimanapun, wanita itu menyatakan kenderaan itu dipinjamkan oleh seorang rakan dan mendakwa rakannya turut membantu mengisi petrol.

“Kawan punya saya pinjam. Saya tak ada duit awak boleh cek. Saya tak ada duit nak beli barang,” kata pengemis itu.

Susulan perkongsian itu, ada dalam kalangan pengguna media sosial berkongsi pengalaman pernah menjadi mangsa pengemis yang tidak jujur.

“Aku dah pernah kena tipu sekali sampai sekarang aku tak percaya dah orang minta sedekah jual tisu.”

“Sedekah ni macamm part time dah sekarang..banyak je tempat aku pakcik makcik umur 50 ke atas duduk depan bank padahal duduk rumah teres..aku nampak depan mata aku.”

“Member aku jenis baik kuat bersedekah. one day.. ada orang buta mintak sedekah, so dia pun bagi lah duit. at the end dia ternampak orang buta tu drive bawak honda jazz.. sampai harini dia tak layan pengemis dah.”

 

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here