Insiden jambatan runtuh di Baltimore, dua mayat ditemui dalam sungai

418

Dua orang ditemukan maut susulan insiden kapal kargo Singapura melanggar Jambatan Francis Scott Key di Baltimore, Amerika Syarikat pada Selasa.

Dua mayat tersebut ditemui di Sungai Patapsco, semalam. Mangsa ditemui terperangkap dalam trak pikap merah di tengah-tengah jambatan yang tumbang. 



Superintendan Kol. Roland L. Butler berkata mayat dua pekerja itu ditemui sebelum jam 10 pagi pada hari Rabu dan dikenalpasti sebagai Alejandro Hernandez Fuentes, 35 dari Mexico, dan Dorlian Ronial Castillo Cabrera, 26 dari Guatemala,. 

“Usaha mencari dihentikan bagi empat lagi mangsa yang merupakan pekerja membaiki jalan di jambatan itu dan diisytiharkan meninggal dunia selepas 18 jam nahas berlaku,” ujarnya. 

MUSTAHIL MENCARI MANGSA HILANG ANTARA SERPIHAN

Ketika insiden, lapan pekerja sedang menampal jalan berlubang di atas jambatan. Mangsa termasuk pendatang dari Mexico, Guatemala, El Salvador dan Honduras.

Usaha mencari empat pekerja lain berhenti seketika kerana kenderaan terperangkap dalam konkrit dan serpihan lain, menjadikannya tidak selamat untuk penyelam, kata Butler. 

Hampir mustahil untuk bertahan dalam air sedalam 50 kaki selepas beberapa jam dan situasi itu terlalu bahaya untuk penyelam menavigasi dalam keadaan gelap di tengah-tengah serpihan tajam.

“Sebaik sahaja usaha menyelamat bermula dan struktur besar itu dialihkan, penyelam yang sama akan kembali mencari mangsa,” tambah Butler.

PEKERJA WARGA ASING

Kementerian Luar Negeri di Guatemala mengenalpasti salah seorang pekerja binaan yang hilang berusia 26 tahun berasal dari San Luis, Petén dan seorang lagi berusia 35 tahun dari Camotán, Chiquimula.

Dua daripada mangsa yang hilang adalah warga Mexico, menurut Presiden Mexico Andrés Manuel López Obrador.

Sementara itu, dua individu yang berada di jambatan diselamatkan dari Sungai Patapsco seorang daripadanya tidak mengalami kecederaan dan seorang lagi di bawa ke bahagian kecemasa telah dibenarkan keluar. 

DUA KONTENA HILANG, TIADA ANAK KAPAL YANG CEDERA

Manakala, menurut Synergy Group tiada kecederaan melibatkan kakitangan kapal Dali dan dua daripada 4,700 kontena kargo hilang dan kedua-duanya tidak mengandungi bahan berbahaya. 

Ia mempunyai lebih daripada 1.5 juta gelen minyak di atas kapal, tetapi kekal stabil.

Kapal kargo Dali menggunakan bendera Singapura itu dilaporkan kehilangan kuasa dan gagal menjatuhkan sauh untuk memperlahankan kapal menjadikan pihak berkuasa tidak cukup masa untuk menghentikan lalu lintas di jambatan. 

Insiden itu telah menutup Pelabuhan Baltimore sepenuhnya dan menimbulkan kekacauan lalu lintas di Baltimore yang padat dengan penduduk.

 

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here