Kantoi guna nombor plat isteri, elak Toyota Alphard disita

320

Taktik seorang lelaki menggunakan nombor plat kenderaan palsu bagi mengelakkan MPV mewahnya disita pihak bank terbongkar selepas ditahan di Jalan Sungai Buloh-Shah Alam, kelmarin.

Pemandu Toyota Alphard berusia 36 tahun itu ditahan kira-kira jam 11. 51 pagi.

Pengarah Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Selangor, Azrin Borhan berkata, semasa ditahan suspek bersama isteri dalam perjalanan menghantar anak lelaki ke satu pertandingan seni mempertahankan diri di Subang.

Katanya, pemeriksaan awal mendapati suspek mempunyai lesen memandu yang tamat pada 2028.

“Pemeriksaan mendapati nombor plat tidak sama dengan jenis kenderaan yang digunakan.

“Suspek dipercayai menggunakan nombor plat palsu sejak enam bulan lalu selepas berpindah ke Semenanjung dari Sarawak.

“Lelaki itu bertindak demikian kerana takut MPV tersebut disita pihak bank kerana terdapat tunggakan bayaran bulanan,” katanya.

Beliau berkata, siasatan mendapati nombor plat palsu yang digunakan milik BMW 318i isterinya.

Siasatan menunjukkan MPV tersebut dibeli dan dipandu suspek sejak tahun 2021. Kenderaan itu disita untuk siasatan di bawah Seksyen 108(3)(f) Akta Pengangkutan Jalan 1987. 

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here