MINI John Cooper Works Track Day 2025,

15

MINI Malaysia menganjurkan satu acara untuk memperkenalkan barisan terkini dalam Keluarga MINI Baharu menerusi MINI John Cooper Works (JCW) Track Day 2025.

Bertempat di Gamuda Cove, acara itu menonjolkan keunggulan prestasi, semangat pemanduan, dan warisan sukan permotoran yang menjadi asas kepada legasi John Cooper Works.

Berpaksikan sejarah di laluan rali Monte Carlo sejak era 1960-an, model-model terkini dalam rangkaian MINI JCW mengekalkan DNA prestasi MINI yang unggul, direka untuk memberikan keterujaan dan pengalaman pemanduan, selari dengan identiti JCW.

MINI JCW Track Day 2025 juga dianjurkan bagi memberi penghormatan kepada legasi abadi John Cooper yang berjaya mengangkat sebuah kereta kompak yang sederhana menjadi juara dalam arena sukan permotoran.

 

@motoqar Baru tahu, MINI kat Malaysia ni, ada 11 varian. Banyak ooo!!! #CapCut ♬ original sound – Motoqar Malaysia

Barisan model terbaharu dalam rangkaian John Cooper Works adalah lambang keunggulan dalam gaya sporty dan keunikan keperibadian, menampilkan tiga model baharu yang menggabungkan rekaan asli dengan perincian premium berasaskan prestasi.

MINI JCW Baharu terus setia kepada warisan perlumbaan MINI yang gemilang dengan menawarkan binaan ringan dan kawalan lincah ala go-kart sambil mengekalkan prestasi beroktan tinggi, dengan kelincahan sebagai tunjang.

Seiring kemajuan masa hadapan, MINI JCW Serba Elektrik Pertama dan MINI JCW Aceman Serba Elektrik Pertama menyemarakkan semangat legenda JCW dengan menyebarkan keterujaan kepada khalayak yang lebih luas sambil mengekalkan daya tarikan prestasi yang menjadi idaman setiap peminat MINI.

Merangkul Keterujaan MINI pada Tahap Maksimum

MINI JCW Track Day 2025 direka untuk memberikan pengalaman pemanduan yang dinamik dan menyeluruh menerusi dua zon prestasi khas.

Zon Pemanduan MINI JCW sepanjang 3.4 kilometer memberi peluang kepada peserta untuk menguji keupayaan setiap model pada tahap maksimum, termasuk pecutan berkelajuan tinggi dan pengendalian tepat di selekoh.

Sementara itu, Zon Litar MINI JCW, yang diinspirasikan oleh litar lagenda Kartdromo Parma di Itali, sebuah litar bersejarah yang pernah menganjurkan Kejohanan Dunia dan Eropah Karting serta medan latihan legenda Formula 1, menawarkan susun atur teknikal yang lebih mencabar.

Zon itu menuntut tahap ketangkasan tinggi dalam kawalan, cengkaman, dan kecekapan membrek di bawah tekanan yang tinggi.

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here