Yamaha Tricity 155 dan Tricity 125 2026 diperkenal di Jepun, rekaan baharu, RM16 ribu dan RM17 ribu

6
Yamaha Tricity 155 2026

Yamaha melancarkan Tricity 155 ABS dan Tricity 125 ABS model 2026 dengan penampilan luaran serba baharu serta fungsi tambahan yang meningkatkan kemudahan untuk penunggang bandar.

Kedua-dua model ini akan mula dijual di Jepun bermula 25 September 2025. Ia merupakan perubahan gaya besar pertama sejak pelancaran Yamaha Tricity 125 pada tahun 2014.

Rekaan dan Konsep Baharu

Yamaha Tricity 125 2026

Model ini dibangunkan dengan konsep Enhanced and Friendly LMW.

Bahagian hadapan masih mengekalkan identiti Y-motif sebagai ciri utama, kini dipadankan dengan rekaan trapezoid terbalik dan garis mendatar seperti Tricity 300.

Ciri ini menambah stabiliti visual serta menonjolkan gaya crossover yang diinspirasikan SUV.

Di antara elemen rekaan baharu ialah lampu LED, rekaan lampu hadapan bentuk Y, fender plastik serta pemegang belakang yang menyerupai rel bumbung.

Paparan TFT 4.2 Inci dan Sambungan Y-Connect

Yamaha Tricity 125 2026

Model ini dilengkapi paparan TFT berwarna 4.2 inci yang boleh disambungkan dengan aplikasi Y-Connect.

Di antara fungsi yang ditawarkan ialah paparan navigasi Turn by Turn menggunakan Google Maps, maklumat kenderaan, status panggilan dan mesej.

Paparan boleh ditukar antara dua mod iaitu mod fungsi atau mod emosi dengan bar fungsi beralun mengikut rpm enjin.

Pertukaran menu dilakukan melalui suis pada pemegang kiri.

Ciri Keselesaan dan Keselamatan

Yamaha Tricity 155 2026

Bagi meningkatkan fungsi harian, Yamaha melengkapkan kedua-dua model dengan soket pengecas USB Type-C pada panel dalaman kiri.

Tricity 155 ABS dilengkapi tambahan sistem keselamatan seperti Isyarat Berhenti Kecemasan (ESS) yang mengaktifkan lampu pengisyarat kecemasan semasa membrek secara tiba-tiba.

Turut dilengkapi Sistem Kawalan Cengkaman (TCS) yang menstabilkan roda belakang ketika mengesan putaran berlebihan.

Sistem brek dilengkapi ABS dengan pengagihan daya brek UBS.

Enjin dan Prestasi

Yamaha Tricity 155 2026

Tricity 125 ABS digerakkan enjin 124 cc satu silinder SOHC 4 injap dengan kuasa 12 ps pada 8,000 rpm dan tork 11Nm pada 6,000 rpm.

Yamaha Tricity 155 ABS pula dikuasakan enjin 155 cc satu silinder SOHC 4 injap dengan kuasa 15 ps pada 8,000 rpm dan tork 14Nm pada 6,500 rpm.

Kedua-duanya adalah enjin Blue Core yang disertakan Smart Motor Generator System untuk menghidupkan enjin secara senyap dan Sistem Henti & Mula yang membantu menjimatkan bahan api.

Casis, Suspensi dan Brek

Yamaha Tricity 125 2026

Rangka jenis underbone dipadankan dengan suspensi hadapan teleskopik dan suspensi belakang jenis lengan ayun.

Sistem brek menggunakan cakera tunggal di depan dan belakang.

Tayar hadapan bersaiz 90/80-14M/C tanpa tiub dengan rim 14 inci serta jarak antara roda hadapan 410 mm, manakala belakang bersaiz 130/70-13M/C tanpa tiub dengan rim 13 inci.

Dimensi dan Berat

Yamaha Tricity 125 2026

Panjang keseluruhan 1,995 mm, lebar 750 mm dan tinggi 1,215 mm. Jarak roda 1,410 mm, tinggi pelana 770 mm serta jarak kelegaan tanah minimum 165 mm.

Berat keseluruhan 173 kg.

Tangki dan Bateri

Yamaha Tricity 125 2026

Yamaha membekalkan tangki bahan api dengan kapasti 7.2 liter. Bateri menggunakan jenis 12V, 6.0Ah.

Warna

Yamaha Tricity 155 ABS ditawarkan dalam pilihan warna Matte Grey dan White manakala Tricity 125 ABS pula hadir dengan warna tunggal Matte Light Green.

Yamaha Tricity 155 2026

Harga

  • Yamaha Tricity 155 ABS: 616,000 yen (RM17,541)
  • Yamaha Tricity 125 ABS: 572,000 yen (RM16,288)

Yamaha Tricity 155 2026:

Yamaha Tricity 125 2026:

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here