
Ferrari memperkenalkan 849 Testarossa dalam dua versi, Berlinetta dan Spider, sebagai pengganti SF90. Testarossa merupakan model ikonik dalam sejarah Ferrari.
Model ini menggunakan rangkaian kuasa hibrid plug-in dengan tiga motor elektrik dan enjin V8 biturbo tengah-belakang.
Jumlah kuasa mencecah 1,050 ps, iaitu 50 ps lebih tinggi berbanding model terdahulu.
Rekabentuk dan Konsep
Ferrari 849 Testarossa Berlinetta tampil membawakan garis tajam dengan aerodinamik lebih cekap, manakala Spider menambah elemen keterbukaan dengan bumbung keras (RHT) yang boleh dibuka atau ditutup dalam 14 saat walaupun ketika memandu sehingga 45 km/j.
Untuk keselesaan, Spider turut dilengkapi wind catcher di belakang tempat duduk bagi mengurangkan gelora kabin. Dari segi berat, Berlinetta lebih ringan dengan 1,560 kg, manakala Spider mencatatkan 1,660 kg kerana mekanisme bumbung.
Kedua-dua model berkongsi kejuruteraan aerodinamik sama dengan daya mendap 415 kg pada 250 km/j, iaitu 25 kg lebih tinggi berbanding SF90 Spider, manakala penyejukan enjin dan brek meningkat 15%.
Dari segi visual, Berlinetta menonjol dengan garis double-tail ikonik, manakala Spider mengekalkan bahasa reka bentuk sama tetapi disesuaikan dengan mekanisme bumbung.
Pintu aluminium direka dengan fungsi aerodinamik ke pendingin antara, bampar depan menggunakan pemisah gaya SF90 XX Stradale dengan spoiler aktif di belakang, manakala roda tempa aerodinamik dengan potongan berlian turut ditawarkan bersama pilihan rekaan khas.
Dua warna baharu ditawarkan iaitu Rosso Fiammante dan Giallo Ambra, dipadankan dengan trim Alcantara Giallo Siena.
Rekabentuk Dalaman
Kedua-dua model menggunakan papan pemuka melintang dengan gaya central sail serta kawalan ergonomik termasuk stereng dengan Penghidup Enjin Start dan eManettino.
Ruang kokpit direka berasaskan konsep interaktif, memfokuskan hubungan pemandu dengan kereta melalui paparan digital definisi tinggi dan kawalan yang mudah dicapai.
Konsol tengah direka kemas dengan suis kawalan gaya klasik Ferrari, manakala panel pintu menampilkan susun atur minimalis tetapi masih mengekalkan fungsi praktikal.
Pilihan tempat duduk merangkumi versi Comfort dengan reka bentuk ergonomik atau kerusi gentian karbon gaya perlumbaan yang menawarkan sokongan lateral maksimum ketika pemanduan agresif.
Pelanggan juga boleh memilih bahan premium termasuk Alcantara, kulit berkualiti tinggi, serta pelbagai kemasan teknikal untuk disesuaikan dengan karakter sama ada sporti atau elegan.
Enjin dan Sistem Hibrid
- Enjin V8 biturbo F154FC: 3,990 cc, 830 ps @ 7,500 rpm, tork 842Nm @ 6,500 rpm, nisbah mampatan 9.54:1, spesifik kuasa 208 ps/l.
- Motor elektrik: Tiga unit berkuasa 220 ps (dua di hadapan RAC-e, satu di belakang MGU-K).
- Bateri: Litium-ion 7.45 kWj, jarak elektrik sehingga 25 km (mod eDrive).
- Transmisi: 8-kelajuan klac berkembar F1, pacuan semua roda dengan torque vectoring.
Enjin dibangunkan semula dengan turbo terbesar pernah digunakan Ferrari untuk model produksi, manifold Inconel dan penggunaan aloi aluminium kitar semula yang mengurangkan pelepasan CO₂ sekitar 0.4 tan setiap kereta.
Prestasi Dinamik
- 0–100 km/j: kurang 2.3 saat
- 0–200 km/j: 6.5 saat
- Kelajuan maksimum: lebih 330 km/j
- Brek 100–0 km/j: 28.5 m
- Masa litar Fiorano: 1’18”100
Sistem FIVE digital mengawal dinamik casis dengan lebih tepat, dibantu ABS Evo generasi baharu dan brek yang lebih responsif.
Suspensi, geometri tayar dan sudut kinematik disemak semula untuk kestabilan lebih tinggi.
Pilihan Assetto Fiorano ditawarkan dengan pengurangan berat sekitar 30 kg, kerusi gentian karbon ringan, roda gentian karbon 20 inci serta sayap belakang aerodinamik tinggi.
Sistem Bantuan Pemandu (ADAS)
Ciri bantuan pemandu merangkumi Kawalan Jelajah Adaptif, Brek Kecemasan Automatik dengan Pengesan Penunggang Basikal, Pengesan Titik Buta, Amaran Penyimpangan Lorong dan Bantuan Kekal Lorong.
Lagi teknologi seperti Lampu Tinggi Automatik, Pengecaman Isyarat Lalu Lintas, Paparan Sekeliling, Amaran Trafik Lintasan Belakang, serta Pemantauan Keletihan Pemandu.
Spesifikasi Utama Ferrari 849 Testarossa
- Dimensi: Panjang 4,718 mm, Lebar 2,304 mm, Tinggi 1,186 mm
- Lebar: 2,304 mm
- Tinggi: 1,186 mm
- Jarak roda: 2,650 mm
- Trek hadapan: 1,678 mm
- Trek belakang: 1,673 mm
- Berat kering: 1,560 kg (Berlinetta), 1,660 kg (Spider)
- Nisbah berat/kuasa: 1.48 kg/PS (Berlinetta), 1.58 kg/PS (Spider)
- Kapasiti tangki: 68 L
- Ruang but: 74 L
- Enjin V8 biturbo tengah-belakang, 3,990 cc
- Kuasa maksimum: 830 ps @ 7,500 rpm
- Tork maksimum: 842 Nm @ 6,500 rpm
- Kuasa sistem hibrid: 1,050 ps
- Motor elektrik: 3 unit berjumlah 220 ps
- Bateri litium-ion 7.45 kWj, jarak elektrik 25 km
- Transmisi 8-kelajuan klac berkembar F1, pacuan semua roda
- Tayar: 265/35 R20 (hadapan), 325/30 R20 (belakang)
- 0–100 km/j: <2.3 s
- 0–200 km/j: 6.5 s
- Kelajuan maksimum: >330 km/j
- Brek 100–0 km/j: 28.5 m
- Masa Fiorano: 1’18”100
Ferrari 849 Testarossa Berlinetta
Ferrari 849 Testarossa Spider