Utama Berita Automotif Modenas Elit 150S rasmi lancar, harga RM7,877

Modenas Elit 150S rasmi lancar, harga RM7,877

337

Modenas rasmi memperkenalkan Elit 150S ke pasaran tempatan pada harga RM7,877 seunit. 

Direka bukan sahaja untuk kelihatan bergaya, tetapi juga memberikan pengalaman menunggang yang lebih selamat dan mudah.

Setiap ciri yang ada pada skuter ini dirancang dengan teliti untuk memenuhi keperluan tunggangan harian. Berikut informasi ringkas yang ditawarkan Modenas Elit 150S :

  • Dilengkapi dengan lampu hadapan LED ‘Twin-eye’ bersama lampu nyala siang (DRL) serta lampu belakang dan lampu signal yang menggunakan teknologi LED.
  • Pencahayaan ini bukan sahaja memberikan rupa yang lebih premium, tetapi juga menawarkan penjimatan tenaga yang ketara iaitu sehingga 75 peratus daripada lampu biasa.
  • Untuk keselamatan tambahan, sistem lampu kecemasan binaan dalam membantu penunggang menghadapi situasi kecemasan di jalan raya dan pada masa sama, memberikan amaran kepada pengguna jalan raya lain.
  • Sistem brek Elit 150S dilengkapi jenis cakera 230mm (hadapan) dan angkup omboh tunggal di belakang yang memberikan kuasa membrek lancar dan mudah dikawal.
  • Skuter ini dilengkapi dengan suspensi depan teleskopik dan suspensi belakang dwi-penyerap hentakan. 
  • Ia menggunakan saiz tayar hadapan 110/70-13M/C dan tayar belakang yang lebih lebar 130/70-13M/C.
  • Smart Key membolehkan operasi menghidupkan enjin tanpa kunci fizikal.
  • Panel instrumen LCD mempunyai sudut pandangan yang lebih baik di bawah cahaya matahari, memastikan paparan maklumat dengan jelas.
  • Ciri peralatan lain termasuklah pengecas USB, poket simpanan barangan di bahagian hadapan, ruang penyimpanan 23 liter di bawah pelana dan saiz tangki minyak 12 liter yang menawarkan jarak perbatuan sehingga 480km. 
  • Elit 150S dibina di atas kerangka jenis Backbone dengan berat kering 137kg.

Modenas Elit 150S dijana oleh enjin 149cc silinder tunggal, penyejukkan cecair berkuasa 10.5kW @ 8,250rpm dan tork maksimum 13.5Nm @ 6750rpm bersama transmisi v belt automatik. 

Dengan dimensi keseluruhan sepanjang 1,970 mm, lebar 740 mm, dan tinggi 1,160 mm, ELIT 150S menawarkan saiz yang seimbang dan mudah dikendalikan.

Jarak roda sepanjang 1,390 mm memberikan kestabilan yang sangat baik, manakala jarak kelegaan tanah 160 mm membolehkan skuter ini menempuh pelbagai permukaan jalan tanpa masalah bersama ketinggian pelana 770 mm. 

 

TIADA KOMEN

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here