Polis tahan dua lelaki curi kabel ECRL

25

Polis menahan dua lelaki dan merampas pelbagai peralatan serta kabel tembaga dipercayai dicuri dari jajaran Projek Laluan Rel Pantai Timur (ECRL) dalam serbuan di Temerloh pada Rabu lalu.

Ketua Polis Daerah Temerloh ACP Mazlan Hassan berkata suspek berusia 34 dan 41 tahun berasal dari Mentakab, Temerloh dan Bentong ditahan pada jam 6.30 petang.

“Suspek pertama merupakan penganggur dan mempunyai empat rekod lampau berkaitan narkotik manakala seorang lagi bekerja sendiri memiliki lima rekod jenayah lampau.

“Mereka didapati negatif dadah selepas ujian saringan awal dijalankan,” katanya dalam kenyataan.

Mazlan berkata antara barangan dirampas ialah lima guni berisi kabel tembaga dipotong, satu gulung kabel tembaga, seunit pemotong kabel, beg, lampu kepala, sarung tangan dan pelbagai peralatan elektrik termasuk grinder serta bateri.

Semalam, China Communications Construction (ECRL) Sdn Bhd (CCCECRL) memaklumkan kabel sepanjang 1,080 meter di jajaran Temerloh dan Lanchang serta 599 meter di jajaran Lanchang dan Bentong dicuri dalam tempoh hanya dua minggu.

Kejadian ini telah menyebabkan kerosakan serius terhadap infrastruktur rel dan berpotensi menjejaskan jadual penyiapan projek nasional ini.

ARTIKEL LAIN

Polis Pahang tubuh pasukan cegah kes kecurian di tapak ECRL

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here