
Hong Leong Yamaha Motor (HLYM) rasmi memperkenalkan Yamaha NVX baharu ke pasaran tempatan menerusi varian :
-
SP : RM14,498
-
ABS : RM11,998
Generasi ketiga NVX tersebut mengukuhkan lagi kehadirannya dalam segmen skuter sport di Malaysia menerusi pembaharuan ciri peralatan dan teknologi termaju.
- Varian SP pasaran tempatan merupakan versi Aerox turbo yang boleh didapati di pasaran Indonesia.
- Kedua-dua varian dipadankan dengan enjin 155cc Blue Core, SOHC dengan VVA (Variable Valve Actuation) berkuasa 15.4PS dan tork 13.9Nm.
- NVX SP menggunakan sistem transmisi Yamaha Electric Continuous Variable Transmission (YECVT) yang sama seperti Aerox Turbo pasaran Indonesia. Sistem ini menggantikan transmisi CVT konvensional, memberikan pecutan responsif dan agresif.
- Selain itu, ia juga dipadankan dengan Turbo Y-Shift untuk tiga tahap pecutan (low, medium, high).
- Pertama dalam kelasnya ditawarkan dengan “T-Mode” (Town) dan “S-Mode” (Sport).
- Varian SP didatangkan dengan Sistem Kawalan Cengkaman (TCS).
- Paparan skrin LCD buat varian ABS dan meter TFT digital yang lebih moden dengan tiga mod paparan dengan warna latar belakang boleh ubah bagi SP.
- Kedua-dua varian dilengkapi dengan Yamaha Y-Connect, membolehkan sambungan telefon pintar untuk fungsi seperti navigasi Google Maps (untuk varian SP), sejarah tunggangan, peringatan penyelenggaraan dan rekod penggunaan minyak.
- Ciri keselamatan termasuk brek cakera hadapan dan belakang dengan ABS (varian ABS), ABS saluran tunggal dengan TCS (varian SP), Emergency Stop Signal (ESS) serta rangka baharu yang lebih kukuh.
- Untuk kemudahan, NVX dilengkapi dengan keyless start, sistem henti-mula automatik, dan port pengecasan USB-C.
- Kedua-dua varian ditawarkan dengan lampu pencahayaan lampu jenis LED.
- Sementara itu, varian ABS memiliki reka bentuk diilhamkan oleh siri R dengan lampu depan agresif.
- Kerangka backbone dipadankan dengan suspensi teleskopik di bahagian depan dan lengan ayun di belakang.
- Keupayaan membrek diserahkan kepada cakera tunggal hidraulik di bahagian depan dan belakang.
- Yamaha NVX didatangkan dengan tangki minyak bersaiz 5.5 liter manakala varian SP memiliki berat 130kg dan ABS (127kg).
ARTIKEL LAIN