
Bayaran Sumbangan Tunai Rahmah (STR) Fasa 4 tahun ini yang bernilai RM2 bilion akan diawalkan pembayarannya kepada 18 Oktober sempena sambutan perayaan Deepavali.
Menteri Kewangan, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, langkah itu diambil bagi membantu rakyat membuat persiapan menjelang perayaan tersebut serta meringankan beban kewangan isi rumah berpendapatan rendah dan sederhana.
“Sukacita diumumkan, sempena perayaan Deepavali oleh kaum India, bayaran STR Fasa 4 akan diawalkan dan disalurkan mulai 18 Oktober bagi membantu rakyat membuat persiapan menyambut perayaan.
“Selain itu, kerajaan juga bersetuju meluluskan diskaun tol sebanyak 50 peratus selama dua hari sempena sambutan Deepavali,” katanya ketika pembentangan Belanjawan 2026.