Kesan subsidi Kerajaan jimat RM15.5 bilion setahun

24

Keseluruhan penyasaran subsidi yang dilaksanakan di bawah pentadbiran kerajaan MADANI berjaya menjimatkan dana negara sekitar RM15.5 bilion setahun.

Penyasaran subsidi melibatkan pengapungan harga ayam dan telur masing-masing menjimatkan RM1 bilion, penstrukturan tarif elektrik yang secara purata menjimatkan RM6 bilion dan penyasaran subsidi diesel yang menjimatkan RM5 bilion.

Selain itu, penyasaran subsidi RON95 berpotensi menjimatkan sekurang-kurangnya RM2.5 bilion, dengan rakyat menikmati harga minyak lebih rendah iaitu RM1.99.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, berkata setiap penjimatan bermakna lebih banyak dana untuk kebajikan, peruntukan untuk kos sara hidup dan pelaburan prasarana rakyat yang berkualiti.

“Urusan BUDI95 berjalan lancar dengan lebih 10 juta rakyat menikmati RON95 pada RM1.99 seliter. Pangkalan data 16.5 juta warganegara yang layak sedang dikemas kini untuk menyediakan kuota tambahan kepada 23,000 pemilik perahu berdaftar dan lebih 52 ribu pemandu e-hailing aktif.

“Penyasaran subsidi diesel jimat 5 bilion ringgit. Malah, sektor pengangkutan awam, nelayan dan logistik tertentu terus menerima harga diesel bersubsidi. RM200 sebulan diberikan kepada pemilik individu, petani dan pekebun kecil,” jelasnya.

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here