Utama Berita Automotif Cukai karbon bermula tahun depan

Cukai karbon bermula tahun depan

139

Kerajaan akan meneruskan pemberian rebat bagi pembelian kelengkapan jenis cekap tenaga kepada pengguna dan peniaga membabitkan peruntukan RM20 juta.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, pemberian rebat itu bagi menyokong gaya hidup lestari.

Katanya, kerajaan juga bercadang supaya pelepasan cukai pendapatan individu sebanyak RM2,500 diperluas untuk merangkumi pembelian mesin rincih sisa makanan bagi menggalakkan gaya hidup lestari.

“Selain itu, Skim Pembiayaan Teknologi Hijau, GTFS 5.0 dibuka sehingga 31 Disember 2026 dengan insentif jaminan kerajaan sehingga 80 peratus bagi teknologi hijau sektor sisa.

“Dan jaminan sehingga 60 peratus bagi sektor lain seperti tenaga, air, pengangkutan dan pembuatan dengan nilai pembiayaan berjumlah RM1 bilion,” ketika pembentangan Belanjawan 2026 di Dewan Rakyat.

Beliau berkata, Cukai Karbon turut diperkenalkan mulai tahun depan dengan tumpuan awal kepada sektor besi, keluli dan tenaga.

“Bagi memastikan kecekapan pelaksanaan Cukai Karbon, mekanismenya akan turut diselaras dengan Dasar Pasaran Karbon Kebangsaan dan RUU Perubahan Iklim Negara yang bakal digubal,” katanya.

Beliau menambah NETR menetapkan sasaran 70 peratus kapasiti penjanaan elektrik daripada sumber tenaga boleh baharu (TBB) menjelang 2050.

Jelasnya NETR terus dipacu pemain industri dengan sokongan Dana Peralihan Tenaga Negara 150 juta ringgit.

Projek penjanaan solar berskala besar dilaksanakan dengan kapasiti hampir 2 gigawatt di bawah program LSS 6 melibatkan anggaran pelaburan swasta RM6 bilion.

“GLIC GLC sedang menggerakkan pelaburan bernilai 16.5 bilion ringgit untuk tahun 2026. Umpamanya, UEM Lestra membangunkan ladang solar di Segamat, Melaka dan Selangor serta bekerjasama dengan PLUS memperluas kemudahan pengecasan EV,” katanya.

TIADA KOMEN

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here