
Bagi menggalakkan rakyat melancong dalam negara sempena Tahun Melawat Malaysia 2026, pelepasan khas cukai pendapatan individu sehingga 1,000 ringgit diberikan atas perbelanjaan bayaran fi kemasukan ke pusat pelancongan tempatan dan program kebudayaan.
Justeru itu, Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata pengecualian 100 peratus duti eksais dan pengecualian 100 peratus cukai jualan akan diteruskan ke atas pembelian kereta nasional baharu Proton dan Perodua oleh pemilik teksi dan kereta sewa persendirian.
“Bagi meningkatkan kecekapan dan keselamatan operasi, HRD Corp menyediakan RM10 juta untuk menanggung kos kursus dan elaun kepada pemandu teksi berlesen yang bercarum menjalani latihan peningkatan kapasiti,” ujarnya.