Utama Berita Automotif Polis siasat kes pemain kelab bola sepak Indonesia hina anggota polis

Polis siasat kes pemain kelab bola sepak Indonesia hina anggota polis

356

Polis Diraja Malaysia (PDRM) menyiasat insiden yang didakwa memburukkan anggotanya yang sedang menjalankan tugas pemeriksaan sebuah kereta yang dinaiki sekumpulan individu termasuk pemain kelab bola sepak Indonesia.

Ketua Polis Daerah Subang Jaya, Asisten Komisioner Wan Azlan Wan Mamat berkata, satu kertas siasatan dibuka berkenaan tular beberapa video di media sosial membabitkan kes itu.

Menurutnya, siasatan awal mendapati rakaman tersebut dibuat semasa pemeriksaan anggota Unit Rondaan Bermotosikal (URB) dijalankan ke atas sebuah kenderaan.

“Pemeriksaan dijalankan dengan tertib mengikut peraturan ditetapkan dan semua individu yang terlibat dilepaskan.

“Siasatan turut mendapati terdapat video lain yang memaparkan ulasan semula kejadian dengan membuat tuduhan mengaibkan terhadap anggota polis yang menjalankan pemeriksaan tersebut,” katanya dalam kenyataan pada Isnin.

@soalpersib_

Kronologi mas adam alis di tilang polisi malaysia😅😅 #adamalis #persib #bobotoh

♬ suara asli – soal_persib – soal_persib

Beliau berkata, kes disiasat di bawah Seksyen 504 Kanun Keseksaan serta Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.

Tambahnya, PDRM menasihatkan orang ramai agar tidak membuat sebarang kenyataan, tuduhan atau ulasan melulu yang boleh menjejaskan imej pasukan keselamatan serta menimbulkan kekeliruan awam.

“Tindakan tegas akan diambil terhadap mana-mana individu yang menyalahgunakan media sosial untuk menyebarkan maklumat palsu berunsur fitnah kepada PDRM.

“Polis meminta orang ramai yang mempunyai maklumat lanjut supaya tampil memberikan kerjasama dengan menghubungi Pusat Kawalan Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Subang Jaya di talian 03-78627100 atau mana-mana balai polis berhampiran. Segala identiti pemberi maklumat akan dirahsiakan,” ujarnya.

Sebelum itu, kecoh di media sosial mengenai desakan agar Kementerian Dalam Negeri (KDN) mengambil tindakan tegas terhadap seorang pemain bola sepak negara jiran yang didakwa menghina anggota polis sewaktu menjalankan tugas.

TIADA KOMEN

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here