Pemuda muat, Honda Accord jatuh tebing 60 meter

7

Seorang lelaki maut selepas kereta dipandu terbabas lalu terjunam ke bawah tebing setinggi 60 meter di KM267.3 Lebuhraya Utara-Selatan (PLUS) arah selatan di Seremban, pada Jumaat.

Mangsa, Lee Quan Yao, 22, yang tersepit dalam Honda Accord itu disahkan meninggal dunia di tempat kejadian.

Jurucakap Pusat Gerakan Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Negeri Sembilan berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan berkaitan kejadian jam 9.58 pagi.

“Sepasukan bomba dari Balai Bomba dan Penyelamat Seremban 2 telah tiba di lokasi jam 10.20 pagi dan mendapati sebuah kereta jatuh ke bawah tebing setinggi 60 meter.

“Terdapat seorang lelaki tersepit di dalam kenderaan itu dan difahamkan kereta dipandu terbabas melanggar besi penghadang jalan sebelum jatuh ke bawah tebing,” katanya.

Jelasnya, bomba mengambil masa kira-kira 15 minit untuk mengeluarkan mangsa yang tersepit dan telah dibawa naik menggunakan pengusung.

Pihak perubatan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) mengesahkan mangsa telah meninggal dunia dan mayatnya telah diserahkan kepada polis untuk tindakan lanjut.

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here