Tiada lagi tidur dalam kereta, keluarga ini dibantu segera

69

Berat mata memandang, berat lagi bahu yang memikul. Sebuah keluarga terpaksa menjadikan kereta sebagai tempat berteduh selepas diusir keluar dari rumah sewa.

Selama tiga hari, hanya bumbung kereta dan ruang sempit itulah tempat mereka berlindung, sehinggalah mereka ditemui di bawah jambatan Kampung Ubi, Johor Bahru.

Exco Hal Ehwal Agama Islam, Mohd Fared Mohd Khalid berkata, makluman berhubung keadaan keluarga berkenaan diterima daripada Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Larkin, Mohd Hairi Mad Shah.

“Kita dah arahkan Majlis Agama Islam Johor, Daerah Johor Bahru untuk cepat membantu. Dan Alhamdulillah mereka dapat kita temui dan telah berusaha memujuk keluarga ini agar berpindah.

“Untuk malam ini (Isnin) mereka sekeluarga akan ditempatkan dahulu di sebuah penginapan sementara sebelum esok (Selasa) dipindahkan di Projek Perumahan Rakyat (PPR) Melana 1 atau Tiram atas kerjasama Exco Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Datuk Mohd Jafni Md Shukor,” katanya.
 

Tambah beliau, Exco Wanita dan Pembangunan Masyarakat akan melihat kebajikan keluarga tersebut kerana salah seorang anaknya dikatakan ‘kurang upaya’ melalui bantuan Jabatan Kebajikan Masyarakat dan MAINJ pula akan membuat semakan ke atas keperluan mereka dan bantuan selayaknya akan diberikan. 

 
 
 

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here