Velfire, BMW antara empat kenderaan musnah di parkir medan selera

194

Empat kenderaan musnah dalam satu kebakaran di kawasan parkir sebuah medan selera di Jalan Song Ban Kheng di Bukit Mertajam, pada Isnin.

Penolong Pengarah Bahagian Operasi Kebombaan dan Penyelamat Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Pulau Pinang, John Sagun Francis berkata dalam kejadian kira-kira jam 2.27 petang itu, kebakaran melibatkan Toyota Vellfire dan BMW X5 yang masing-masing mengalami kemusnahan dianggarkan sebanyak 95 peratus.

Menurutnya, dua buah kenderaan sedan jenis Toyota Camry turut terjejas dalam kejadian berkenaan dengan anggaran kemusnahan sebanyak 30 peratus dan 15 peratus.

“Bomba menerima panggilan kecemasan pada jam 2.27 petang sebelum jentera dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Bandar Perda bergegas ke lokasi kejadian yang terletak kira-kira tiga kilometer dari balai.

“Pasukan bomba tiba di lokasi pada jam 2.38 petang dan mendapati kebakaran melibatkan empat buah kenderaan di kawasan parkir premis berkenaan,” katanya. 

Tambah beliau, komander operasi membuat penilaian awal dengan kelengkapan perlindungan diri (PPE) lengkap sebelum melaksanakan kerja-kerja pengawalan dan pemadaman dengan bantuan Pasukan Bomba Sukarela (PBS) berhampiran.

“Kebakaran berjaya dikawal pada jam 2.46 petang dan dipadamkan sepenuhnya pada jam 3.04 petang sebelum operasi ditamatkan selepas kerja-kerja ‘overhaul’ selesai dijalankan.

“Tiada mangsa dilaporkan terlibat dalam kejadian tersebut,” ujarnya.

 

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here