Utama Berita Automotif Koleksi ikonik Porsche milik Magnus Walker untuk dijual

Koleksi ikonik Porsche milik Magnus Walker untuk dijual

2

Magnus Walker, figura ikonik dalam dunia Porsche sejukan udara dilapor mahu melepaskan sebahagian besar koleksinya. 

Sebanyak 18 buah kereta termasuklah Porsche 911 kustom era 60-an dan 70-an yang menjadi sebahagian identitinya akan dilelong di RM Sotheby’s bermula 18 Mac ini.

Antara koleksi lain yang turut disenaraikan termasuklah Porsche 911 Carrera 2.7 MFI tahu 1976 yang merupakan satu daripada 113 unit yang pernah dihasilkan diikuti 911 S 1967 Outlaw, serta 911 Carrera 1974 versi flat-nose. 

Selain 18 kereta tersebut, Walker turut menjual 142 lot alat ganti dan memorabilia, termasuk enjin, tempat duduk, rim, dan karya seni — semuanya boleh dilihat di laman lelongan.

Walker tidak meninggalkan dunia Porsche sepenuhnya. Dalam satu podcast Spike’s Car Radio, beliau mendedahkan bahawa walaupun 18 Porsche dijual, masih ada 13 lagi yang disimpan.

Ia lebih kepada proses ‘spring cleaning’ dan bukanlah pengunduran diri sepenuhnya. 

“Saya sampai ke satu tahap di mana hobi yang tidak terkawal ini seakan-akan mendefinisikan siapa saya, dan melepaskan kereta-kereta ini terasa seperti satu bentuk kelahiran semula,” kata Walker kepada RM Sotheby’s.

Pembida yang berminat boleh melihat semua lot Porsche dan mendaftar untuk membida di laman RM Sotheby’s. Lelongan berlangsung dari 18 hingga 25 Mac.

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here