
Allianz Malaysia Berhad (Allianz Malaysia) dan BikesRepublic.com menganjurkan edisi kedua Anugerah Allianz Malaysia Motorcycle of the Year (MOTY) di Tropicana Golf & Country Resort, Petaling Jaya, hujung minggu lalu.
Allianz Malaysia sebagai penaja utama bagi Anugerah MOTY tersebut, di mana edisi sulungnya berjaya dianjurkan tahun lalu.

“Ini adalah tahun kedua kami menganjurkan Anugerah MOTY dan maklum balas positif diterima daripada pihak industri melalui peningkatan penyertaan.
“Ini adalah bukti semangat serta inovasi yang kian berkembang dalam industri motosikal di Malaysia.
“Sebagai penaja utama, Allianz Malaysia berbangga dapat meraikan pencapaian pengeluar dan penunggang, di samping memperkukuh komitmen kami terhadap aspek keselamatan dan inovasi,” kata Ketua Pegawai Eksekutif Allianz Malaysia, Sean Wang.
Sebanyak 24 anugerah disampaikan dalam majlis tersebut, termasuk kategori utama seperti 2026 Malaysian Motorcycle of the Year, 2026 Malaysian Rider of the Year, dan 2026 Malaysian Innovator of the Year.

Anugerah berprestij 2026 Malaysian Motorcycle of the Year dimenangi model KOVE 450R.
“Satu perasaan yang hebat apabila memenangi anugerah keseluruhan ini. Majlis anugerah seumpama ini sangat baik untuk industri kerana ia mendorong para pemain industri untuk memberikan prestasi lebih cemerlang.
“Pada masa sama, ini adalah pengiktirafan bermakna bagi penggiat industri dan Allianz Malaysia melakukan tugas cemerlang dalam menyokong dan menganjurkan acara ini,” kata Datuk Jeffrey Lim, Pengarah Urusan Kumpulan AFY Mobility Industries Sdn Bhd.

MDua Motor Sdn Bhd – anak syarikat AFY Mobility Industries Sdn Bhd – adalah pengedar tunggal dan eksklusif jenama KOVE di Malaysia.
Jumlah penyertaan dalam Anugerah MOTY meningkat daripada 28 model pada tahun lepas kepada 43 model tahun ini.

Peningkatan mengagumkan ini mencerminkan keterujaan industri dan pengiktirafan terhadap anugerah ini sebagai tanda aras kecemerlangan.
Acara tahun ini turut menyaksikan pengenalan People’s Choice Awards, kategori yang memberi peluang kepada peminat dan orang awam untuk menyuarakan pilihan mereka.
Melalui platform pengundian khas di http://www.moty.com.my, para peminat motosikal mengundi model kegemaran masing-masing.

Selain itu, beberapa kategori baharu diperkenalkan bagi memenuhi keperluan dan minat komuniti motosikal yang sentiasa berkembang.
Anugerah Best Value for Money Motorcycle diberikan kepada motosikal yang menawarkan prestasi dan kualiti luar biasa pada harga berpatutan, manakala anugerah Motorcycle Financer of The Year meraikan syarikat pembiayaan yang merealisasikan impian ramai individu memiliki motosikal sendiri.

Sementara itu, anugerah Safety Equipment of the Year mengiktiraf teknologi tempatan yang meningkatkan keselamatan penunggang, sekali gus menekankan kepentingan inovasi dalam melindungi pengguna jalan raya.
Penjurian Anugerah MOTY dilakukan panel pakar dan peminat automotif terkemuka, termasuk Keshy Dillon, wartawan permotoran dengan pengalaman lebih 18 tahun; Kevin Lee, jurulatih motosikal peringkat lanjutan; serta Jehan Miskin, bekas pelakon yang juga seorang peminat tegar motosikal.

Perlindungan Allianz Motorcycle Plus Dipertingkatkan
Selaku penaja utama, Allianz Malaysia melalui unitnya Allianz General Insurance Company (Malaysia) Berhad (Allianz General), menawarkan perlindungan Allianz Motorcycle Plus yang dipertingkatkan sempena ulang tahun ke-25 Allianz Malaysia tahun ini.
Pelanggan yang membeli atau memperbaharui polisi Allianz Motorcycle Plus (Komprehensif atau Pihak Ketiga) antara 3 Mac hingga 31 Disember 2026 akan menikmati peningkatan Perlindungan Kemalangan Jalan Raya secara percuma.

Di bawah inisiatif ini, mereka layak mendapat jumlah diinsuranskan sebanyak RM25,000 bagi kematian atau hilang upaya kekal akibat kemalangan jalan raya, berbanding perlindungan standard sebanyak RM10,000.
Ciri-ciri utama lain termasuk:
- Pendapatan hospital sebanyak RM100 sehari sehingga 60 hari
- Bantuan kerosakan jalan raya (roadside assistance) percuma untuk jarak perjalanan pergi balik sehingga 50km
- Di bawah Inisiatif Insurans Rahmah, bantuan banjir sekali beri (one-time flood relief) sebanyak RM1,000 secara percuma sekiranya motosikal rosak akibat banjir

Pelan ini direka khusus untuk motosikal dengan kapasiti enjin 250cc dan ke bawah. Allianz General merupakan peneraju insurans am dalam industri dengan pegangan pasaran sebanyak 15.2 peratus.
Untuk maklumat lanjut mengenai Allianz Motorcycle Plus, sila layari:
https://www.allianz.com.my/personal/home-motor-and-travel/car-and-motorcycle/allianz-motorcycle-plus.html
Senarai Pemenang Anugerah Allianz Malaysia Motorcycle of the Year 2026
- 2026 UNDERBONE / KAPCAI OF THE YEAR: MODENAS Z15GT
- 2026 ROAD SCOOTER OF THE YEAR (BELOW 250CC): YAMAHA NVX
- 2026 ROAD SCOOTER OF THE YEAR (ABOVE 250CC): HONDA ADV 350
- 2026 MODERN CLASSIC SCOOTER OF THE YEAR: LAMBRETTA X300 GT
- 2026 SPORTSBIKE OF THE YEAR (BELOW 1000CC): HONDA CBR650R
- 2026 SPORT TOURING MOTORCYCLE OF THE YEAR: HARLEY-DAVIDSON PAN AMERICA ST
- 2026 CRUISER OF THE YEAR: INDIAN SCOUT 101
- 2026 NAKED BIKE OF THE YEAR (ABOVE 800CC): KAWASAKI Z900 SE
- 2026 NAKED BIKE OF THE YEAR (BELOW 800CC): HONDA CB650R E-CLUTCH
- 2026 ADVENTURE BIKE OF THE YEAR: KOVE 800X GT
- 2026 MODERN CLASSIC BIKE OF THE YEAR (ABOVE 500CC): TRIUMPH SPEED TWIN 1200RS
- 2026 MODERN CLASSIC BIKE OF THE YEAR (BELOW 500CC): ROYAL ENFIELD GUERILLA 450
- 2026 ADVENTURE SCOOTER OF THE YEAR (ABOVE 500CC): HONDA X-ADV 750
- 2026 ADVENTURE SCOOTER OF THE YEAR (BELOW 500CC): ZONTES 368G
- 2026 MALAYSIAN RIDER OF THE YEAR: ANITA YUSOF
- SPECIAL RECOGNITION: ALLIANZ MALAYSIA BERHAD & CASTROL MALAYSIA
- 2026 MOTORCYCLE TECHNOLOGY OF THE YEAR: HONDA E-CLUTCH
- 2026 MALAYSIAN SAFETY EQUIPMENT OF THE YEAR: GIVI ASIA
- 2026 MALAYSIAN INNOVATOR OF THE YEAR: HONDA GOLDWING (AIRBAG)
- 2026 MALAYSIAN MOTORCYCLE FINANCER OF THE YEAR: AEON CREDIT
- 2026 CASTROL MALAYSIA PEOPLE’S CHOICE AWARD: ZONTES 368G
- 2026 MALAYSIAN MOTORCYCLE OF THE YEAR (BEST VALUE FOR MONEY): CFMOTO 700MT
- 2026 MALAYSIAN MOTORCYCLE OF THE YEAR (OVERALL CHAMPION): KOVE 450R



























