
Platform mobiliti dan penghantaran global – inDrive – memperkenalkan inisiatif komisen 1 peratus baharu untuk pemandu e-hailing sedia ada dan bakal pemandu di Kuala Lumpur.
Inisiatif itu bermula hari ini hingga 31 Mei 2026 bagi membolehkan pemandu mengekalkan 99 peratus daripada setiap tambang sepanjang tempoh kempen berlangsung.
Ia diperkenalkan pada waktu yang tepat dalam situasi mencabar bagi pekerja gig ketika ini.
Kenaikan harga bahan api dipengaruhi ketidaktentuan global yang berterusan, memberi tekanan kepada kos operasi harian dan pendapatan keseluruhan pemandu.
Bagi kebanyakan pemandu e-hailing, kos bahan api, insurans dan penyelenggaraan kenderaan adalah perbelanjaan yang tidak dapat dielakkan.
Semua kos ini secara langsung memberi kesan kepada pendapatan bersih mereka.
Struktur komisen disediakan pengendali platform memainkan peranan penting dalam menentukan pekerjaan gig kekal mampan.
Inisiatif baharu ini direka untuk menangani realiti tersebut, dengan menawarkan struktur pendapatan lebih menguntungkan serta memberi pemandu kawalan yang lebih besar terhadap pendapatan mereka.

Pengurus Operasi Pemandu di inDrive Malaysia, Azlan Anwar berkata, struktur komisen dan ketelusan harga menjadi faktor penentu untuk kelestarian jangka panjang pekerjaan gig, terutamanya di Malaysia di mana e-hailing kekal sebagai sumber pendapatan utama bagi ramai individu.
“Melalui inisiatif ini, kami mengembalikan lebih banyak pendapatan kepada pemandu dan mengukuhkan komitmen kami terhadap model yang lebih adil dan telus.
“Pemandu adalah tulang belakang ekosistem e-hailing, dan kami percaya rakan pemandu kami berhak menerima bahagian nilai yang lebih adil daripada sumbangan mereka,” katanya.
Sebelum ini, inDrive mengekalkan kadar komisen terendah di Malaysia, sekali gus meletakkannya sebagai pilihan mesra pemandu dalam pasaran.
inDrive juga beroperasi menggunakan model penetapan harga peer-to-peer, membolehkan pemandu dan penumpang mencapai persetujuan bersama terhadap tambang, berbanding bergantung sepenuhnya kepada struktur harga berasaskan algoritma.
Hasilnya, kedua-dua pihak mendapat manfaat daripada fleksibiliti, ketelusan dan kawalan yang lebih tinggi terhadap pengalaman perjalanan.
Pemandu e-hailing sedia ada dan bakal pemandu di Kuala Lumpur boleh menyertai dengan memuat turun aplikasi inDrive.
Untuk maklumat lanjut, layari laman web inDrive Malaysia atau ikuti @indrive.my di Instagram.
































