Utama Berita Automotif Royal Enfield bawa masuk Himalayan Mana, harga mula RM32,700

Royal Enfield bawa masuk Himalayan Mana, harga mula RM32,700

4

Royal Enfield Malaysia membawa masuk model adventure Himalayan Mana Black Edition secara rasmi untuk pasaran tempatan.

Jentera garang ini diinspirasikan dari Mana Pass, iaitu laluan altitud tinggi (5,632 meter dari aras laut) paling ekstrem dan mencabar di dunia.

Himalayan Mana Black Edition dijual pada harga bermula RM32,700 dan sudah boleh ditempah di semua lapan pengedar sah di seluruh negara.

Royal Enfield Himalayan Mana Black Edition ini didatangkan dengan warna Stealth Black dengan kemasan kusam.

Selain itu, ia juga dilengkapi dengan aksesori kilang yang lengkap seperti:

  • pelindung tangan Black Rally
  • pelana Black Rally
  • mud guard Rally
  • rim jejari tanpa tiub

Jentera Himalayan ini kekal dipacu enjin Sherpa 450 bersesaran 452 cc sejukan cecair menghasilkan 40 PS @ 8,000 rpm dan 40 Nm @ 5,500 rpm.

Casis keluli itu ditampung tetapan suspensi fork jenis terbalik 43 mm di depan, dibantu penyerap hentak tunggal di belakang.

Antara ciri lain tersedia termasuk:

  • sistem brek cakera 320 mm depan/270 mm belakang
  • ABS dua-saluran
  • lampu LED keliling
  • skrin paparan TFT bulat 4-inci sokongan Google Maps
  • tangki bahan api 17 liter
  • tinggi pelana 810 mm-840 mm.

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here