Utama Berita Automotif Autocharge kini disertakan dalam aplikasi Gentari Go

Autocharge kini disertakan dalam aplikasi Gentari Go

4

Aplikasi Gentari Go kini menyediakan pilihan Autocharge untuk pengguna di sebilangan rangkaian pengecas pantas DC terpilih milik Gentari di seluruh negara.

Pengumuman itu dikongsi oleh Gentari melalui laman Facebook rasmi mereka, hari ini.

Pelancaran fungsi itu juga disertakan dengan ganjaran menarik sebagai sebahagian daripada promosi pelancaran.

Menerusi AutoCharge, pengguna tidak lagi perlu melalui langkah-langkah lama seperti mengimbas kod QR, menggunakan kad RFID atau membuka aplikasi secara berulang kali.

Sebaliknya, prosesnya menjadi lebih mudah dengan hanya menyambungkan kabel ke kereta, membiarkannya mengecas dan meneruskan perjalanan tanpa gangguan.

Gentari turut mengemas kini sistem ganjaran serta menambah baik keselamatan aplikasi bagi menjadikan pengalaman mengecas lebih lancar dan selamat dari awal hingga akhir.

Untuk tawaran istimewa, 500 pengguna pertama yang melengkapkan sesi AutoCharge akan menerima RM10 Go Credits.

Aplikasi Gentari Go diumumkan pada tahun 2024 dan kini menjadi platform untuk pengguna kenderaan elektrik di Malaysia.

Setakat ini, Gentari mengendalikan lebih 500 titik pengecasan EV di Malaysia serta lebih 1,000 titik pengecasan di Malaysia, India dan Thailand.

Melalui fungsi kerjasama rangkaian pengecas EV pula, pengguna turut mempunyai akses kepada lebih 5,000 titik pengecasan EV di seluruh rantau ini bagi pengalaman pengecasan lebih mudah diakses.

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here