AOS 2019: Hot Wheels perkenal siri Japan Historics 3

2781

Art of Speed 2019 menjadi platform untuk Hot Wheels membuat pelancaran global siri koleksi terbaharu mereka, iaitu Japan Historics (JH) 3.

Siri itu menampilkan lima model edisi terhad, iaitu:



  • Nissan Skyline R30
  • Honda City Turbo II
  • Mazda Cosmo Sport
  • Datsun Sunny pickup
  • Nissan Silvia generasi pertama

Selain itu, dua model bersaiz sebenar dari koleksi itu – Nissan Skyline R30 dan Honda City Turbo – bersaiz sebenar turut dipamerkan di ruang pameran Hot Wheels.

Hot Wheels masih belum mengumumkan harga bagi koleksi JH 3 ini kerana ia hanya akan mula dijual pada tahun depan.

Untuk rekod, koleksi Japan Historics pertama pada 2016 telah membariskan model-model merangkumi Datsun Bluebird 510 SSS Wagon, Nissan Skyline KPGC110 ‘Kenmeri’ GT-R, Nissan Skyline KGC10 ‘Hakosuka’ GT-X, Toyota 2000 GT dan Mazda RX-3.

Siri JH 2 pada 2018 pula terdiri daripada Datsun Bluebird 510 sedan, Mazda RX-3, Nissan Fairlady 240Z, Nissan Laurel 2000 SGX dan Nissan Skyline C210.

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here