Porsche Taycan 4S luaskan rangkaian – Versi lebih murah

1565

Porsche mengotakan janjinya untuk memperkenalkan Porsche Taycan 4S yang lebih murah, dengan memperincikan versi baru, juga merupakan sebuah jentera sedan elektrik.

Porsche Taycan 4S tetap menggunakan pek bateri lithium-ion 553kg berkapasiti 79.2kW, dimana syarikat pengeluar kereta itu menggelarkannya Performance Battery. Pembeli boleh membuat bayaran tambahan untuk pek 92.3kW 630kg yang dipanggil Performance Battery Plus. Ia merupakan unit yang sama yang terdapat di model Turbo dan Turbo S yang lebih mahal.



Bagi pelanggan yang memilih untuk pek bateri biasa mempunyai 429hp dan 639 Nm tork manakala pelanggan yang memilih bateri yang lebih besar mempunyai 482hp dan 649Nm tork.

Taycan 4S menawarkan sistem pacuan semua roda dari sepasang motor elektrik, dan memerlukan 3.8 saat bagi 0-96km/j. Kelajuan tertinggi jentera ini ialah pada 250km/j.

Ia menawarkan teknologi pengisian 800-volt Porsche yang inovatif. Porsche berkata ia mengambil masa 22.5 minit untuk mengecas bateri dari 5 hingga 80 peratus. 

Senarai ciri-ciri standard pada jentera ini termasuk kerusi depan boleh laras, keyless entry, roda aloi 19 inci, angkup brek merah, dan lampu LED. Penggemar kereta yang mahu lebih sporti, ia turut menyediakan bumper depan bawah yang khusus, skirt sisi baru, dan set diffuser belakang berwarna hitam.

Harganya pula, Porsche Taycan 4S dijual bermula pada USD105,150 (RM440,000) disertakan dengan Performance Battery, dan USD111,730 (RM467,534) bagi Performance Battery Plus.

Penghantaran dijadualkan bermula pada musim bunga tahun 2020.

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here