Toyota Mirai generasi kedua, kereta konsep tenaga Hidrogen

2078

Toyota mengesahkan bahawa ia akan memperkenalkan model konsep Toyota Mirai 2021. Kereta sedan bahan api hidrogen ini akan dipamerkan pada Tokyo Motor Show 2019 (TMS) pada bulan ini.

Toyota Mirai generasi pertama sudah membuat kemunculannya pada tahun 2015 dan menjadi kereta pertama yang dihasilkan dengan konsep kenderaan elektrik tenaga sel (FCEV).



Konsep Toyota Mirai 2021 dijangka menjadi generasi kedua sedan itu. Penampilannya berubah sepenuhnya, menjadi lebih elegan, moden dan mudah diterima oleh orang awam.

Inspirasi dari Lexus

Dalam model terbarunya, Toyota Mirai 2021 kelihatan seperti sedan coupe dengan bumbung yang kemas. Di samping itu, reka bentuk itu diilhamkan oleh produk Lexus yang cenderung kepada konsep mewah dan elegan.

Menariknya, ia dicipta dengan sistem pacuan roda belakang (RWD). Ini membuatkan kereta ini dijangka menjadi tarikan kepada peminat automotif.

“Kami cuba membuat kereta yang pengguna mahu memandu setiap masa, kereta yang mempunyai reka bentuk yang menarik, kereta ini juga memiliki ciri dinamik dan mempunyai prestasi yang responsif untuk membuat pemandu tersenyum”, kata Yoshikazu Tanaka, Ketua Jurutera Toyota Mirai.

Luaran elegan dan sporti

Pandangan hadapan jauh berbeza daripada model sebelumnya. Jentera ini dilengkapi dengan gril besar yang kelihatan agresif dan elegan. Di bahagian hadapan, ia dipasang DRL LED diagonal dan lampu depan LED juga disediakan.

Jentera ini juga dilengkapi dengan roda aloi hitam yang kelihatan sporti. Garis bumbungnya melengkung, sementara sektor belakang juga memaparkan aura yang sepadan dengan lampu belakang LED 3 baris, dan diffuser hitam.

Dalaman dan enjin

Memasuki ruangan dalam, Toyota Mirai generasi kedua mempunyai kabin yang elegan. Papan pemuka, kabin, dan trim pintu dengan kemasan warna hitam.

Di tengah-tengah papan pemuka dipasang panel instrumen baru, skrin sentuh TFT resolusi tinggi 12.3 inci. Di samping itu, juga dipasang cermin pandangan belakang digital yang boleh memaparkan imej dari kamera belakang.

Butiran spesifikasi rangkaian kuasanya masih lagi rahsia. Toyota hanya menyebut spekulasi bahawa jentera ini mempunyai jarak perjalanan yang lebih jauh, hingga 630 km dalam keadaan tenaga sel penuh disebabkan oleh penambahan kapasiti penyimpanan hidrogen.

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here