Sertai perniagaan konsep MLM, pemuda ini dapat beli Porsche pada usia 18 tahun

373

Muhammad Amirul Ashraff Noor Azman, 21 memiliki keinginan untuk berjaya di usia muda. Justeru itu, sebaik tamat Sijil Pelajaran Malaysia (SPM), dia beranikan diri terlibat dalam bidang perniagaan.

Amirul kini terlibat dalam perniagaan berkonsepkan multi level marketing (MLM) untuk satu produk berasaskan kesihatan.



“Saya mula terlibat dalam bidang perniagaan secara sambilan sejak berusia 18 tahun. Pada ketika itu, rakan-rakan lain memilih mencari kerja sementara menunggu menyambung pengajian.

“Saya ceburi bidang perniagaan kerana ingin melakukan sesuatu yang berbeza. Saya percaya bahawa jika ingin berjaya, kita mesti melakukan sesuatu yang luar daripada kebiasaan,” katanya.

Amirul yang juga pelajar kolej universiti berpuas hati apabila penglibatan dalam perniagaan itu membolehkannya memiliki kereta impian Porsche. 

“Selepas tujuh bulan terlibat dalam perniagaan ini, saya sudah berjaya membeli kereta pertama iaitu Perodua Myvi dan tiga bulan kemudian membeli sebuah Porsche pada usia 18 tahun.

“Dari kecil, saya amat meminati kereta sport ini. Apabila berkemampuan, saya membelinya sebagai salah satu bentuk penghargaan dan kepuasan untuk diri sendiri.

“Melalui perniagaan ini juga, saya mampu membeli sebuah kediaman sendiri,” kongsinya.

 

 

 

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here