Penunggang BMW GS maut langgar Proton Saga

2632

Seorang lelaki maut manakala isterinya parah selepas motosikal berkuasa tinggi ditunggang bertembung dengan sebuah Proton Saga di KM63 Jalan Ipoh-Gerik dekat Liman Kati, Kuala Kangsar, semalam. 

Dalam kejadian kira-kira jam 5.20 petang itu, Mohd Khairil Anuwar Mustakim, 40, meninggal dunia ketika menerima rawatan di wad kecemasan Hospital Kuala Kangsar manakala Norlilawati Mohd Shah, 40, patah buku lali kiri.



Ketua Polis Daerah Kuala Kangsar, Asisten Komisioner Omar Bakhtiar Yaacob berkata mangsa menunggang BMW GS dari arah Gerik ke Kuala Kangsar.

Tiba di lokasi kejadian, Proton Saga dipandu seorang lelaki dari arah bertentangan membelok ke kanan laluan motosikal berkenaan.

“Penunggang motosikal cuba mengelak ke kiri, namun gagal menyebabkan pelanggaran berlaku.

“Akibatnya, motosikal tersebut terjatuh dan terseret ke tepi jalan sebelum masuk ke dalam longkang,” katanya.

Beliau berkata, pasangan suami isteri tersebut dikejarkan ke hospital untuk rawatan lanjut, namun polis menerima makluman lelaki berkenaan meninggal dunia pada jam 7.30 malam.

Pemandu kereta berusia 65 tahun dan penumpang wanita berusia 42 tahun mengalami luka pada bahagian lutut dan kepala.

“Siasatan awal mendapati kemalangan berlaku akibat kecuaian pemandu kereta ketika masuk simpang,” kata beliau. 

Kes disiasat di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here