Toyota dedah Sport Crossover Concept di Eropah, lancar 2025

177

Toyota memperkenalkan Sport Crossover Concept buat pertama kali di Eropah yang menampilkan model bateri elektrik baharu.

Model itu bakal menyertai barisan kenderaan elektrik (EV) Toyota yang lain menjelang 2025. Didedahkan pada forum Kenshiki Toyota di Brussels, model konsep itu menampilkan siluet aero yang ramping dan garisan fastback.



Sport Crossover yang akan bersaing dengan Hyundai Ioniq 6 itu kemudian menampilkan lima pintu, saiz but yang besar dan ruang kaki yang lapang. 

Model konsep itu pertama kali diperkenalkan pada Auto Shanghai, April lalu. Ia dibangunkan untuk pasaran China dan Eropah oleh BYD Toyota EV Technology Co Ltd. (BTET) iaitu syarikat kerjasama Toyota dan BYD.

Di Eropah, Toyota merancang untuk memperkenalkan enam model BEV menjelang 2026. Portfolio produk elektrik yang pelbagai akan membantu memacu Toyota Motor Europe ke arah misi menawarkan ZEV eksklusif menjelang 2035 dan mencapai sifar karbon menjelang 2040.

Toyota dan BYD telahpun memperkenalkan model bZ3 yang dibangunkan bersama di China.

Sedan elektrik itu berasaskan platform e-TNGA Toyota, yang turut digunakan pada SUV elektrik bZ4X. Manakala, BYD membekalkan bateri Blade LFP, motor elektrik dan sistem kawalan.

Sementara itu, Urban SUV Concept milik Toyota akan memulakan jualan tahun depan. SUV itu akan menjadi EV versi termurah Toyota yang akan bersaing dengan Volvo EX30, Hyundai Kona, Jeep Avenger dan lain-lain. 

 

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here