‘Trade-in’ KTM 200 Duke atau Yamaha Y15ZR untuk KTM 250 Duke

5259

Beberapa pengedar KTM sedang menawarkan harga beli semula (trade-in) untuk model KTM 200 Duke dan Yamaha Y15ZR. Untuk masa terhad ini, (trade-in) boleh dilakukan pemilik KTM 200 Duke atau Yamaha Y15ZR untuk KTM 250 Duke setinggi RM6,000 hingga RM8,500 di pengedar-pengedar yang mengambil bahagian.

KTM 250 Duke

Program (trade-in) boleh dilakukan pemilik KTM 200 Duke atau Yamaha Y15ZR untuk KTM 250 Duke ini dibuat untuk memberikan peluang kepada pemilik untuk upgrade dan bertukar kepada motosikal lebih besar dan berkuasa. Ia juga hanya terhad kepada mereka yang ingin menaik-taraf kepada KTM 250 Duke.

Jentera KTM 250 Duke digemari di seluruh dunia kerana prestasi, pengendalian dan ketahanannya. Enjin canggih DOHC yang kompak itu menghasilkan 31hp, 6hp lebih berbanding 200 Duke. Ia juga dilengkapi slipper clutch untuk penukaran gear lebih lancar.



Paling penting, ia dilengkapi brek ABS (anti-lock braking system) sebagai standard. Ini dipadankan lagi dengan tayar Pirelli yang memberikan cengkaman terbaik untuk keseronokan tunggangan dan keselamatan.

Berikut disenaraikan pengedar-pengedar yang boleh anda lawati untuk program ini:

1) BIKE STATION SDN. BHD.
No. 97-W, Ground Floor, Seberang Jalan Putra Mergong (363.89km), 05150 Alor Setar, Kedah. 04-730 9319

2) NKS MOTORSPORT SDN. BHD.
No. 630-636, Jalan Sentul, 55100 Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan. 03-4041 2668

3) CA CYCLE ADVANCE (KAJANG) SDN. BHD.
No. 4, Jalan Bukit Mewah 9, Taman Bukit Mewah, 43000 Kajang, Selangor. 03-8736 3228

4) M.P. GOH MOTOR SDN. BHD.
No. G-1, Jalan Kerambit 3, Bandar Baru Sungai Udang, 76300 Sungai Udang, Melaka. 06-357 1370

5) WHEEL RIDERS MALAYSIA SDN. BHD.
No. 30, Jalan Ekoperniagaan 1, Taman Kota Masai, 81700 Pasir Gudang, Johor. 013-290 5007

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here