Lewis Hamilton enggan terburu-buru julang kejuaraan keenam

1211

Lewis Hamilton enggan terburu-buru untuk julang kejuaraan dunia keenam selepas saingan merebut gelaran tertumpu kepada dua pelumba Mercedes di Grand Prix Jepun.

Jelajah Formula Satu berkunjung ke Mexico dalam tempoh dua minggu lagi di mana Lewis Hamilton yang mendahului 64 mata mengatasi Valteri Bottas yang mampu melengkapkan gelaran pemandu buat kali ketiga berturut-turut jika mengatasi rakan sepasukan dengan 14 mata.



Apa yang pasti saingan ini akan berakhir di perlumbaan berikutnya pada Grand Prix Amerika yang akan berlangsung di Austin, Texas.

Kemenangan Valteri Bottas di Suzuka dan Hamilton di tangga ketiga mengesahkan kejuaraan keenam berturut-turut buat Mercedes sebagai pengeluar dan menjadikan pelumba dari Finland itu sebagai satu-satunya pemandu yang boleh mengatasi Hamilton menerusi empat perlumbaan terakhir musim ini.

Hanya perlu fokus, Lewis Hamilton enggan terburu-buru untuk menjulang kejuaraan dan memberikan yang tebaik. Dia mengakui bakal berdepan saingan sengit daripada rakan sepasukan pada beberapa perlumbaan terakhir.

“Valtteri Bottas memandu dengan baik sepanjang tahun, dia melakukan tugas dengan baik hari ini dan sudah pasti dia akan melakukan tugasnya dengan baik pada perlumbaan berikutnya, jadi kami masih bertarung, dan perjuangan ini berterusan,” katanya.

Lewis Hamilton juga tidak menjangka saingan mudah akan diberikan di litar Mexico yang mungkin sesuai dengan Ferrari, yang mempunyai kelebihan di laluan lurus.

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here