Portal Pos Malaysia sesak?, Ini cara perbaharui lesen dan cukai jalan di MySikap mudah dan cepat

2184

Pos Malaysia baru saja membuka perkhidmatan memperbaharui cukai jalan dan lesen bagaimanapun difahamkan ramai yang mengeluh kerana gagal mendapatkan slot temujanji.

Oleh kerana terlalu ramai yang cuba mendapatkan temujanji menyebabkan laman web Pos Malaysia sukar diakses dan tergendala.



Jangan gusar, masih ada alternatif lain untuk memperbaharui lesen mahupun cukai jalan anda secara online. Mungkin ada yang tahu ataupun sebaliknya. 

Sebenarnya anda boleh menggunakan portal Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) @ mySIKAP bagi urusan berkenaan bahkan proses pendaftaran juga tidak mengambil masa lama kurang daripada 10 minit.

Walaupun platform digital MySikap agak old skool namun segala urusan pendaftaran berjalan dengan lancar. Ini berdasarkan pengalaman penulis yang baru saja mendaftar dan melakukan urusan memperbaharui lesen memandu. 

Untuk pendaftaran kali pertama, pengguna boleh mendaftar sebagai pengguna biasa tanpa perlu hadir ke JPJ. Di sini kami kongsikan langkah selanjutnya untuk membuka akaun dan melakukan urusan memperbaharui lesen di Portal MySikap.

Ada dua akaun disediakan oleh pihak JPJ iaitu Individu dan Syarikat.  Berikut cara pendaftaran kali pertama bagi pengguna individu.  

BACA>>Akhirnya Jonathan Rea dapat lesen, dah boleh ride cuma kena beli motor dulu

  1. Layari portal MySikap dan tekan Daftar / Log Masuk Kali Pertama:

2. Selepas itu, lengkapkan butiran yang diminta sebanyak tiga halaman:

    • Nombor kad pengenalan 
    • Telefon bimbit
    • E-mel
    • Pengesahan e-mel
    • Nombor Rujukan (hanya untuk eID Advance kerana perlu hadir ke JPJ untuk mendapatkan nombor rujukan)- tidak perlu diisi
    • Masukkan kod sekuriti yang dipaparkan
    • Tekan Teruskan
    • Semak dan sahkan maklumat, tekan Teruskan
    • Notifikasi Pengesahan Pendaftaran akan dipaparkan

3. Pengesahan pendaftaran menerusi e-mail:

Apabila pendaftaran berjaya anda akan menerima butiran ID Pengguna dan kata laluan sementara menerusi e-mail. Jika anda tidak memperbaharui kata laluan baharu, selepas daripada tujuh hari kata laluan akan ditetapkan semula secara automatik dan anda perlu mendaftar semula.

 

4. Log masuk semula ke MySikap untuk mengemaskini kata laluan baharu:

Setelah selesai mengemaskini kata laluan baharu anda sudah boleh memperbaharui lesen mahupun cukai jalan kenderaan. Mudahkan!.

BACA>>Sila perbaharui cukai jalan dan lesen memandu sebelum tempoh moratorium tamat 30 September!

5. Layari portal MySikap dan masuk semula dengan kata laluan baharu. Anda sudah boleh menggunakan perkhidmatan yang ditawarkan.

Tidak perlu bersesak untuk mendapatkan temujanji di Pejabat Pos Malaysia sedangkan ada pilihan alternatif lain. Selain itu, anda juga boleh menggunakan portal MyEG untuk urusan memperbaharui lesen dan cukai kenderaan.  

Antara transaksi yang boleh dilakukan secara online di Portal MySikap:

  1. Kenderaan :
    • Memperbaharui dan membatalkan lesen kenderaan motor (LKM)
    • Memohon atau membatalkan kenderaan anda sementara waktu
    • Pindah milik sukarela
    • Membatalkan pendaftaran kenderaan untuk berpindah ke negara lain 
    • Kemaskini atau memohon untuk memperolehi pek maklumat kenderaan
  2. Lesen Memandu :
    • Perbaharui lesen serta permohonan lain seperti permit memandu antarabangsa
    • Rayuan bagi lesen memandu tamat tempoh
    • Penukaran lesen dari asing / tentera atau anggota polis kepada lesen memandu Malaysia
    • Kemaskini alamat dan penambahan kelas atau permintaan untuk maklumat lesen memandu penuh anda.
  3. Kesalahan dan Penalti :
    • Semakan boleh dilakukan bagi saman/notis serta penalti kenderaan anda dan seterusnya pembayaran atas talian
    • Selain itu, semakan-semakan lain yang boleh dilakukan adalah status kenderaan (senarai hitam atau dirampas), mata Kejara dan tempoh penggantungan lesen
  4. Pengurusan Profil :
    • Pengemaskinian butir-butir peribadi anda dan menukar kata laluan
  5. Perkhidmatan Lain :
    • Permohonan pendaftaran kereta klasik dan vintaj
    • kemalangan dan kelulusan membaiki serta rayuan jika gagal pemeriksaan Puspakom

BACA>>Hanya bagi salinan IC, dah boleh dapat lesen?

Jom subscribe telegram Motoqar untuk berita pantas di: https://t.me/motoqar

    •  

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here