Toyota Corolla (1993) milik warga emas ini capai odometer 2 juta kilometer…

779

Toyota Corolla keluaran 1993 milik warga emas dari New Zealand ini merekodkan perbatuan lebih daripada 2 juta kilometer dan kereta itu masih digunakan sehingga kini.

Graeme Hebley, 72 merekodkan odometer tersebut pada Mac lalu. Dia membeli Corolla tersebut pada tahun 2000 yang mana ketika itu hanya merekodkan 80,000km. 



Pekerjaannya sebagai kontraktor penghantaran akhbar sejak 1968 telah menyumbang kepada rekod perbatuan yang tinggi hanya dalam tempoh 22 tahun. 

Hebley bergerak dari Wellington ke New Plymouth di Pulau Utara negara itu dan pulang enam hari seminggu untuk bekerja. Perjalanan sehala mengambil masa 4 jam 45 minit. 

Toyota Corolla yang masih mengekalkan enjin dan transmisi asal itu bergerak hampir 5,000km setiap minggu bekerja.

Untuk memastikan kenderaan dalam keadaan baik, warga emas itu akan melakukan servis setiap dua minggu di bengkel Guthrie Auto Care di Whanganui.

Mekanik John Sherman mengesahkan rekod itu selepas bertahun menyelenggara Corolla tersebut.

Baca juga >> Lelaki ini selamba pandu Toyota Corolla atas salji tanpa tayar

‘Kalau bukan saya yang servis, mungkin saya tidak akan percaya ia boleh berjalan 2 juta tanpa masalah,” katanya.

Dia mendakwa tidak pernah melihat apa-apa yang hampir dengan jarak yang dilalui Corolla, sambil mengingatkan bahawa yang paling dekat adalah kereta yang telah menempuh jarak 700,000km.

‘Tetapi tiada yang seperti ini. Sepanjang karier saya, itulah yang tertinggi yang saya lihat,” tambahnya. 

Hebley menjelaskan pencapaian tersebut adalah kerana ketahanan kereta Toyota lama dan penyelenggaraan berjadual. 

Bahkan, dia masih melakukan perjalanan jauh merentasi Pulau Utara New Zealand setiap minggu dan mengatakan tidak bercadang untuk berhenti memandu dalam masa terdekat.

 

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here