Volvo C40, model CKD kedua EV Volvo di Malaysia, Harga bermula RM288,888

703

Volvo Cars Malaysia (VCM) terus memeriahkan pasaran EV tempatan selepas memperkenalkan SUV elektrik keduanya menerusi C40. 

C40 menggunakan platform yang sama iaitu Compact Modular Architecture (CMA) yang menyamai model XC40 Recharge Pure Electric

Platform CMA direka khusus untuk memuatkan rangkaian kuasa enjin pembakaran dalam, hibrid dan elektrik sepenuhnya. Platform itu juga digunakan model Lynk & CO, Geely serta Polestar 2.  



Model CKD, model kedua EV Volvo di Malaysia

Kenderaan yang dipasang di kilang VCM di Shah Alam ditawarkan dengan satu varian sahaja iaitu versi pacuan semua roda (AWD) dilengkapi dua unit motor elektrik yang mampu menghasilkan kuasa 408hp dan tork 660Nm. 

Dengan kuasa itu, ia boleh memecut 0-100km/j dalam masa hanya 4.7 saat. Cuma kelajuan maksimum dihadkan kepada 180km/j sahaja.  

Ia menggunakan pek bateri lithium-ion berkapasiti 78kWh menawarkan perjalanan sejauh 450km dengan sekali caj. Untuk mengecas, ia memerlukan 7.5 jam jika menggunakan caj AC sehingga 11kW (type 2). Bagi DC (Type 2), memerlukan 28 minit untuk kapasiti pengecas 0-80 peratus.

Disebabkan tiada enjin, C40 mempunyai ruang kargo depan seluas 31 liter yang cukup untuk memuatkan kabel mengecaj. Ruang kargo di belakang mencecah kapasiti 413 liter. Jika tempat duduk belakang dilipat, ruang kargo boleh mencecah 1,205 liter. 

Rekaa SUV Coupe

Reka bentuk, C40 mempunyai rekaan luaran yang lebih menarik dengan menerapkan bentuk SUV coupe. Rekaan sebuah coupe dengan bumbung bahagian belakang yang lebih melandai.

Bentuk belakang diserlahkan lagi dengan spoiler dan wing nipis pada hujung cermin. Lampu blelakang LED mempunyai garis-garis berwarna merah. 

Bahagian hadapan tidak banyak berbeza jika dibandingkan dengan XC40 Recharge Pure Electric. Masih menerima sepasang lampu utama LED dengan rekaan lampu nyalaan siang (DRL) signatur tukul Thor dan gril  tertutup yang diwarnakan dengan warna badan kereta. 

Tipikal sebuah Volvo, ruang kabin menggunakan material untuk menyerlahkan kemewahan dan keselesaannya didatangkan susun atur yang sama seperti XC40 Recharge Pure Electric. 

Ruang kabin mewah serta menarik

Papan pemuka dihuni oleh skrin sentuh berukuran sembilan inci yang diposisikan secara menegak bersama ketersambungan Google, Google Assistant dan Google Play.

Meter kluster digital bersaiz 12 inci yang boleh diubah suai mengikut kesesuaian pemandu. Ia mempunyai melihat peta, lokasi pengecasan dan penggunaan tenaga. Ia juga mempunyai bumbung suria panoramik. Kerusi dibaluti material sintetik, 

Dari segi ciri keselamatan, SUV coupe itu mempunyai kamera 360 darjah, sistem amaran trafik lintasan belakang, amaran titik buta, Lane Keep Assist, brek kecemasan automatik dengan keupayaan mengesan kenderaan lain, pejalan kaki, penunggang basikal dan bintang liar.

Baca juga >> Geely lancar SUV coupe, mirip X4

C40 didatangkan dalam lima pilihan warna iaitu putih, hitam, hijau, perak dan biru. Dari segi harganya pula, ia dijual RM288,888. 

Selain itu, ia ditawarkan dengan 5 tahun penyelenggaran percuma, lapan tahun waranti bateri, 5 tahun Volvo On Call, 4 tahun Servis Digital dan 5 tahun Volvo Service Inclusive.

Galeri gambar:

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here