[Video] JIM tumpas cubaan seludup PATI di KLIA2, dua ‘orang dalam’ ditahan

629

Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) menumpaskan sindiket penyeludupan pendatang tanpa izin (PATI) yang turut melibatkan kakitangan imigresen di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur 2 (KLIA2).

Dalam operasi yang dijalankan pada 9 Disember lalu jam 7.05 petang itu, pihak JIM menahan lima individu berumur antara 31 hingga 49 tahun.

Ketua Pengarah Imigresen Malaysia, Datuk Seri Khairul DZaimee Daud berkata tangkapan terdiri daripada dua wanita warga Indonesia yang baru tiba dan seorang ejen lelaki warga negara Indonesia.



“Turut ditahan dua pegawai imigresen yang bersubahat menguruskan kemasukan PATI tersebut. 

“Modus operandi sindiket adalah mengurus kemasukan PATI yang disenaraihitam atas kesalahan lampau menerusi kerjasama pegawai imigresen di kaunter ketibaan dengan menurunkan cap masuk,” jelasnya menerusi kenyataan media.

Pegawai imigresen yang bersubahat menerima upah antara RM1,000 hingga RM2,000 bagi seorang PATI. Kemasukan warga asing itu juga tidak direkodkan di dalam sistem imigresen.

PATI yang ditahan akan didakwa di bawah Akta Imigresen 1959/63 manakala dua pegawai imigresen dan ejen terlibat disiasat di bawah Akta Antipemerdagangan Orang dan Antipenyeludupan Migran 2007 (ATIPSOM).

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here