Blueshark R1: Motosikal elektrik yang sangat canggih! Ada ADAS, meter 10 inci berwarna dan banyak lagi. Harga bermula RM7,190

799

Blueshark, anak syarikat Sharkgulf Technologies Group secara rasminya melancarkan skuter siri R Blueshark menerusi model R1 dan R1 Lite untuk pasaran Malaysia.

Skuter elektrik pintar itu membawakan teknologi bateri yang sudah dipaten. Di samping ciri-ciri perintis dan pelbagai opsyen pemilikan bagi menganjak paradigma kenderaan elektrik di Malaysia.

Apa yang menariknya dengan Blueshark R1 ini:

  1. Dengan skuter elektrik pintar ini, penunggang dapat menikmati jarak operasi yang mengagumkan, iaitu sejauh 110km dicas penuh (NEDC). Kelajuan tertingginya yang mencecah 80km/j, dengan tork puncak mencecah 201Nm. 
  2. Skuter elektrik pintar ini dikuasakan oleh motor magnet tetap elektrik 5000w yang berkelajuan tinggi di samping dua pek bateri litium besi fosfat (LFP). Ia  boleh ditukar ganti dengan segera di mana-mana stesen penukar bateri Blueshark (BlueStation) atau dicas penuh dalam tempoh 3.5 jam. 
  3. Disediakan dengan lima mod tunggangan yang meliputi Walk Assist Mode (WAM) dan mod-mod Turbo.
  4. Blueshark R1 juga lengkap dengan sistem operasi pintar ArkRide®, dengan sambungan Bluetooth dan navigasi GPS. Ia juga dilengkapi pemain media, pengemaskinian OTA, perakam tunggangan dan banyak lagi, melalui papan pemuka HD IPS berwarna 10.4” yang mesra pengguna.
  5. Ditawarkan bersama pelbagai opsyen pemilikan, ia termasuk pembelian terus di samping pakej-pakej langganan yang menarik bagi skuter elektrik pintar ini dan juga pek bateri yang boleh ditukar ganti.
  6. Menariknya, motosikal elektrik ini dilengkapi dengan sistem ADAS. Ia menggunakan dua kamera dan dua sensor yang letak pada motosikal berkenaan.



Bagi yang berminat memiliki motosikal elekrtrik yang canggih ini, ia dijual bermula:

  • R1: RM9,390
  • R1 Lite: RM7,190

Namun jentera ini tidak termasuk bateri. Anda perlu menyewa bateri itu bernilai RM79 sebulan.

Bagi program langganan pula korporat pula, bulanan boleh dibayar bermula 

  • R1: RM547
  • R1 Lite: RM487

Jentera ini ditawarkan dengan waranti dua tahun untuk bateri dan motor, manakala setahun untuk komponen lain.

Galeri Gambar

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here