[Video] Pemandu Myvi, Wira terlibat kes langgar mati dua pejalan kaki ditahan

833

Dua lelaki maut selepas dirempuh kereta jenis Perodua Myvi yang melanggar kereta jenis Proton Wira, di Jalan Raja Laut, Kuala Lumpur, Sabtu lalu.

Ketua Polis Daerah Dang Wangi, Asisten Komisioner Noor Dellhan Yahaya berkata, kemalangan itu melibatkan empat buah kereta dan empat orang pejalan kaki sekitar jam 3 pagi.

@black_torpedo

Eksiden depan Menara Raja Laut 19/3/2023 pukul 03:06 a.m. Myvi merah sodok kereta Alza tengah parking. Katanya dua maut. #klproblem #mara #rempit #viral #viralvideo

♬ original sound – 乃レムᄃズ🕸️⚫ – 乃レムᄃズ🕸️⚫



Katanya, siasatan awal mendapati kemalangan dipercayai berlaku apabila pemandu Perodua Myvi melanggar Proton Wira yang mengubah haluan.

“Akibat pelanggaran itu, kereta Perodua Myvi hilang kawalan lalu melanggar empat pejalan kaki sehingga salah seorang mangsa berusia 22 tahun parah dan meninggal dunia di lokasi kejadian.

“Seorang lagi pejalan kaki meninggal dunia semasa menerima rawatan di Zon Kecemasan Hospital Kuala Lumpur (HKL),” katanya.

Menurut Dellhan, dua mangsa pejalan kaki yang lain terdiri daripada rakyat tempatan dan warga asing masih dirawat di hospital akibat cedera parah.

“Bagaimanapun, pemandu kereta jenis Proton Wira berusia 22 tahun dan Perodua Myvi berumur 20 tahun tidak mengalami kecederaan.

“Mereka kini sedang direman selama empat hari untuk siasatan lanjut,” katanya.

Kes diklasifikasikan di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 kerana memandu secara berbahaya sehingga menyebabkan kematian.

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here