Pemandu teksi diharam seumur hidup ambil penumpang di lapangan terbang

890

Seorang pemandu teksi dilarang daripada mengambil penumpang di lapangan terbang terbesar di Thailand gara-gara menggunakan senarai palsu tambang kadar rata.

Pemandu teksi tersebut didakwa mengenakan bayaran berlebihan kepada pelancong Taiwan dari Lapangan Terbang Antarabangsa Suvarnabhumi ke Bangkok.



Seharusnya kos mengikut meter sekitar THB 300 (RM39.52) bagaimanapun dia dikatakan mengenakan caj sebanyak THB 1,200 hingga 1,500 (RM158- RM197).

Tindakan itu juga berkemungkinan akan menyebabkannya kehilangan lesen teksi.  Pengurusan lapangan terbang berkata pemandu teksi yang tidak dinamakan itu menggunakan senarai tambang palsu.

“Semua pemandu teksi yang mengambil penumpang di lapangan terbang dikehendaki menggunakan meter. 

“Pemandu itu dilarang dari perhentian teksi lapangan terbang seumur hidup,” kata pengurusan lapangan terbang.

KANTOI PENUMPANG KONGSI DI MEDIA SOSIAL

Pada hari Jumaat, laporan mengenai kejadian bersama gambar senarai bayaran dikongsi pada laman Facebook “Khao Wong Karn Thong Thiew” (Berita Pelancongan).

“Memalukan! Seorang wanita warga Taiwan yang menggunakan perkhidmatan teksi dari Lapangan Terbang Suvarnabhumi dikenakan bayaran THB1,200-1,500  ke pusat Bangkok. Pemandu teksi mendakwa lapangan terbang menetapkan kadar,” tulisnya pada kapsyen. 

Berdasarkan senarai itu, caj ke pusat bandar Bangkok ialah THB 1,200 hingga 1,500, manakala perjalanan ke Lapangan Terbang Antarabangsa Don Mueang berharga THB 1,500 hingga 2,000 (RM198-RM263). 

Tidak lama selepas hantaran itu dikongsi, admin Facebook Airports of Thailand Plc (Suvarnabhumi) meninggalkan komen mengatakan dia akan memaklumkan syarikat teksi berkenaan bagi siasatan. 

Pada Ahad, pihak pengurusan lapangan terbang berkata mereka telah memanggil pemandu teksi untuk disoal siasat selepas  dan mendapati senarai caj itu adalah palsu.

“Semua pemandu teksi perlu berdaftar dengan lapangan terbang untuk mengambil penumpang dan dikehendaki menggunakan meter sebaliknya mengenakan kadar tetap,” kata pengurusan lapangan terbang.

Pengurusan lapangan terbang juga menafikan laporan bahawa surcaj THB50 (kira-kira RM7) untuk perjalanan teksi dari lapangan terbang mendorong pemandu mengenakan kadar tetap dan menjelaskan ia diberikan kepada pemandu.

Pemandu teksi akan diperiksa secara rawak sepanjang masa untuk mengelakkan mereka tidak menggunakan meter.

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here