Toyota Vios 2023: Lebih 5,000 unit tempahan sejak 24 Februari lalu

982

Selepas membuka tempahan pada 24 Februari lalu, UMW Toyota Motor sudah menerima lebih 5,000 unit tempahan model Toyota Vios 2023.

 



Presiden UMW Toyota Motor, Datuk Ravindran K berkata, pihaknya teruja memulakan tahun ini dengan pelancaran Toyota Vios Serba Baharu, yang mewakili komitmennya dalam menyediakan kenderaan dan perkhidmatan berkualiti terbaik kepada pelanggan.

“Kami tidak sabar untuk mengharungi tahun gemilang dan penuh dengan peluang untuk memacu pertumbuhan serta pembangunan ekonomi Malaysia.

“Maklum balas terhadap Toyota Vios Serba Baharu adalah luar biasa dengan jumlah tempahan melebihi 5,000 unit sejak pengumuman tempahan dibuka pada 24 Februari lalu,” katanya.

Toyota Vios 2023 dikilangkan di Assembly Services Sdn Bhd (ASSB) di Bukit Raja, Klang. Model itu memenuhi standard kualiti di seluruh rantaian proses pemasangan yang cekap sejajar dengan “Toyota Way”. 

Tarikan baharu Toyota Vios ialah di mana ia menjadi kenderaan pertama yang menggabungkan teknologi terkini ketika proses pemasangan. Menggunakan Ultra High Tensile Materials, Continuous Frame Design, dan Increased Welding Spots memberikan ia ketegaran bahan kereta yang lebih tinggi selain ia turut mengurangkan jisimnya. 

Ruang enjin juga direka semula bagi mengurangkan titik putus bentuk, seterusnya ia dapat mengurangkan lagi beratnya.

Harga Toyota Vios Mengikut Varian

  • Toyota Vios 1.5 G (AT): RM95,500
  • Toyota Vios 1.5 E (AT): RM89,600

VIDEO PANDU UJI: TOYOTA VIOS 2023

 

Galeri Gambar

 

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here