Buggati Divo Lebih Mahal RM 11.4 Juta dari Chiron

2889

Buggati Divo dibina untuk memberi prestasi lebih tinggi dari segi pecutan,ketangkasan dan pengendalian sekaligus dibuat untuk melayan selekoh.

Ini 6 perkara menarik bagi Buggati Divo:



1.Prestasi yang luar biasa

Buggati divo dilancarkan di Pebble Beach Concours baru-baru ini.Model ini sebenarnya menggunakan enjin W15 yang berkongsi dengan Buggati Chiron dan mampu menyalurkan 1,500bhp.

2.Lebih Downforce berbanding Buggati Chiron

Jentera yang baru diperkenalkan itu memiliki pakej aerodinamik termaju.Pakej itu sebenarnya memberikan 89kg lebih downforce berbanding Chiron yang mencecah 456kg.

3.Kelajuan dihadkan 380km/j

Jika dilihat pada angka itu,ternyata lebih perlahan berbanding dengan Chiron yang mampu memecut sehingga 420km/j.Ini kerana Divo lebih berat 90kg dengan padanan pakej aerodinamik untuk lebih downforce.

4,Divo lebih pantas 0-100km/j:

Walapun perlahan pada kelajuan maksimum,namun ia mampu meninggalkan Chiron buat seketika,kerana ia lebih pantas 0.1 saat bagi pecutan 0-100km/j dengan mampu mencatatkan 2.4 saat.

buggati

5.Harga bermula USD 5.8 juta(RM 26.4 juta):

Buggati Divo adalah satu kenderaan paling mahal di pasaran hari ini.Dan ternyata lebih mahal dari Chiron iaitu USD 2.78 juta(RM 11.4 juta).

buggati

6.Hanya 40 unit sahaja dibina dan habis terjual:

 Andai anda berniat untuk memiliki model ini,elok lupakan sahaja. Ini kerana jentera yang baru dilancarkan ini sudah habis di tempah. Dalam arti kata lain,pengenalan model ini semata-mata untuk dihebahkan kepada umum dan bukannya mencari pelanggan baru.buggati

 

 

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here