Motosikal Indian dan pendikit di sebelah kiri

1619

Tajuk artikel kali ini agak simbolik. Mungkin juga satu tanda tanya. Ada huraiannya dan satu bahan sejarah yang sememangnya bukan di zaman millinieum. Fakta dan gambar-gambar Motosikal Indian adalah tepat dan asal.

Andai berkesempatan ketemu model motosikal ini, usah dilepaskan peluang, abadikanlah potret anda dengan jentera tahun 1918 yang penuh bersejarah.

Motosikal Indian
Motosikal Indian

Ia disejukkan dengan udara, tali pinggang dan gas yang berkuasa, jangan silap bukan motosikal seperti dalam gambar, tetapi senjata polis Amerika Syarikat. Senjata ini telah dipasang pada model V Twin Indian 990cc.



Tahun 1918 adalah masa yang baik untuk menjadi seorang anggota polis bermotosikal di New York, demi keselamatan, setiap Motosikal Indian yang digunakan oleh pasukan Polis bermotosikal di New York dibekalkan dengan beberapa Powerplus mesin yang dipacu di belakang dan dilengkapi senjata Colt M1895s berkeupayaan menghasilkan 450 pusingan-per-minit.

Penubuhan pasukan Polis bermotosikal ini rentetan peristiwa dramatik daripada pendatang yang melancarkan revolusi  Bolshevik di jalanraya serata Amerika Syarikat.

Kelebihan yang ada pada motosikal Indian pada masa itu ialah pendikit (Throttle) terletak pada tangan kiri, bertujuan agar penunggang boleh menembak walaupun rakan atau penumpang tertembak.

Jelas bukan, mengapa motosikal ini mempunyai pendikit di tangan kiri dan ia adalah bonus.

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here