Kereta E-Legend Coupe berkuasa elektrik dari Peugeot

3325

Peugeot kini menampilkan kereta elektrik retro yang bakal ditonjolkan di Paris Motor Show tak lama lagi. E-Legend Coupe itu merupakan gabungan klasik Coupe 504 pada tahun 60 an dan 70 an. Kereta ini menggunakan kuasa elektrik sepenuhnya.

Dari segi reka bentuknya, persamaan yang paling ketara antara model ini dan model Coupe 504 asal adalah bumbungnya. Ia mempunyai bentuk trapezoid dengan bucu yang tajam.



Jentera ini dikuasakan dengan kuasa elektrik yang menghasilkan 456 hp dan ia setanding dengan Jaguar I-Pace, Audi E-Tron, dan model-model Tesla yang besar.

Peugeot mengatakan bahawa kereta ini dibekalkan dengan 100-kWh bekalan kuasa bateri dan mampu mencapai kelajuan 100 kilometer sejam kurang daripada 4 saat.

Jentera retro ini juga mampu mencapai jarak 499 kilometer dalam masa 25 minit dengan kuasa pengecasan yang cepat.

Seperti kereta bercirikan ciri futuristik lain, E-Legend pengawalan autonomi namun ia boleh ditukar kepada pengawalan secara manual. Ia juga hadir dengan 2 mod untuk setiap kawalan.

Bagi kawalan auto, jentera ini mempunyai mod ‘Sharp’ mampu menyambung sosial media atau hiburan lain kepada kedua pemandu dan penumpang. Mereka boleh menonton filem mahupun bermain permainan diatas talian yang akan ditayangkan pada skrin cermin hadapan.

Mod kedua pula ialah mod ‘Soft’ yang ditetapkan tanpa sebarang sambungan ke internet dan pemandu serta penumpang dapat menikmati perjalanan dengan tenang.

Manakala bagi pemanduan manual, mod yang boleh digunakan ialah ‘Legend’ yang memberikan imej klasik dan elemen kemasan kayu dipaparkan pada skrin sentuh untuk pemanduan yang lebih tenang. Terdapat juga mod ‘Sporty’ bagi pemanduan yang sporty.

Gabungan klasik dan moden sememangnya merupakan elemen menarik yang ada pada reka bentuk kereta pada masa kini. Apa pendapat anda tentang model baharu kereta yang dikeluarkan? Adakah anda lebih mementingkan rupa atau prestasinya?

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here