SOIB Racer 400 retro bercita rasa Eropah

1793

SOIB Racer 400 merupakan motosikal berkuasa besar yang telah pun dilancarkan pada tahun 2015. Jentera ini mempamerkan rupa yang klasik dan seakan cita rasa Eropah.

Reka bentuknya hadir dengan sentuhan klasik apabila tangki, lampu dan speedometer bentuk bulat yang mempunyai aura retro 1970-an.



Motosikal hebat ini menggunakan enjin 400cc berkuasa 26 hp, 30Nm. Walaupun jentera ini hanya menggunakan 1 silinder tetapi ia mempunyai dual-port, namun sayangnya ia masih menggunakan sistem karburator.

Motosikal lain yang seakan model ini adalah model Benelli Motobi-series, Viar Vintech-series, dan Royal Enfield, Kawasaki Z900RS.

Rasanya motosikal ini bukan sahaja mempunyai reka bentuk retro yang menarik, malah enjin yang diguna pakai juga tidak kurang hebatnya. Apa pendapat anda tentang motosikal yang sebegini?

 

 

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here