Kawasaki atasi perlumbaan dengan jet F-16 dan jentera F1

1821

Perlumbaan drag yang tak disangkakan dianjurkan di lapangan terbang baharu di Istanbul melibatkan kawasaki ninja h2r. Perlumbaan itu berlangsung bersempena festival aeroangkasa dan teknologi pertama di Turki.

Jentera hebat yang menyertai perlumbaan drag itu melibatkan jet pejuang F-16 milik pasukan demonstrasi Angkatan Tentera Udara Turki.

Kawasaki Ninja H2R itu ditunggangi juara dunia Kenan Sofuoğlu dan terdapat juga kereta lumba F1 yang dipandu Jake Dennis menyertai perlumbaan itu.



Tesla P100DL yang dipandu pemandu terkenal Emma Kimilainen, sebuah Lotus Evora 430 GT, sebuah Aston Martin Vantage, jet peribadi Challenger 605 turut menyertai perlumbaan hebat itu

Perlumbaan yang melibatkan jentera-jentera hebat berkuasa besar itu akhirnya dimenangi oleh Kawasaki Ninja H2R itu ditunggani Sofuoğlu. Sekali gus menyempurnakan impiannya yang ingin berlumba dengan jet pejuang F-16 dan kereta lumba F1.

“Perlumbaan ini adalah salah satu impian saya daripada saya kecil lagi” katanya.

Tak percaya? Tonton video ini untuk melihat kehebatan Kawasaki Ninja H2R

Kawasaki Heavy Industries Ltd. (KHI) ialah perbadanan multinasional awam Jepun yang paling dikenali sebagai pengilang motosikal, peralatan berat, aeroangkasa dan peralatan pertahanan, stok gulingan dan kapal. Ia juga aktif dalam penghasilan robot industri, turbin gas, pendidih dan produk perindustrian lain.

Syarikat ini dinamakan sempena Shōzō Kawasaaki, dan mempunyai dua ibu pejabat yang terletak di Chūō-ku, Kobe dan Minato, Tokyo.

KHI dikenali sebagai salah satu daripada tiga pengeluar industri berat utama di Jepun, bersama-sama Mitsubishi Heavy Industries dan IHI.

Sebelum Perang Dunia II, KHI adalah sebahagian dari Kobe Kawasaki zaibatsu, yang termasuk Kawaasaki Steel dan Kawaasaki Kisen. Selepas perang, KHI menjadi sebahagian daripada Kumpulan DKB (keiretsu).

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here