Quartararo sambar barisan depan MotoGP Jerman

1459

Pelumba PETRONAS Yamaha Sepang Racing (PETRONAS Yamaha SRT), Fabio Quartararo menempah barisan depan untuk perlumbaan Grand Prix (GP) Jerman – 0.205 saat di belakang Marc Marquez (Repsol Honda) yang menyambar petak utama ketujuh berturut-turut di Litar Sachsenring, sebentar tadi.Yamaha Sepang Racing

Marquez mula ‘menawan’ petak utama GP Jerman sejak 2013 dan ketika ini tampak semakin hampir untuk memburu kemenangan ketujuh berturut-turut di litar kegemarannya itu. Tatkala Quartararo pula mahu mencari penamat podium ketiga berturut-turut pada hari perlumbaan, esok.

Quartararo atau dikenali sebagai `El Diablo‘ mencatat 1 minit 20.400 saat pada sesi kelayakan kedua manakala Marquez 1’20.195s. Melengkapkan petak ketiga adalah pelumba Monster Energy Yamaha MotoGP, Maverick Vinales dengan catatan, 1’20.406s.



Rakan sepasukan Quartararo, Franco Morbidelli ( PETRONAS Yamaha Sepang Racing) mencatat 1’20.964s untuk memulakan perlumbaan di tempat ketujuh. Berada di barisan ketiga bersama Pol Espargaro (Red Bull KTM Factory Racing) dan Joan Mir (Team Suzuki Ecstar).

GP Jerman juga adalah pusingan kedua yang menyaksikan pasukan MotoGP ini menggunakan minyak enjin keluaran syarikat petroleum negara. PETRONAS iaitu PETRONAS Sprinta, selepas mengumumkan penggunaannya bermula di GP Belanda, minggu lalu.

Ini adalah satu perkembangan baharu buat pasukan selepas jentera Yamaha YZR-M1 sebelum ini dikuasakan dengan minyak transmisi PETRONAS Tutela, pada awal musim 2019.Yamaha Sepang Racing

Hasilnya, pasukan yang baharu ditubuhkan tahun ini sudah pun meraih dua penamat di pentas podium di GP Catalunya (kedua) dan GP Belanda (ketiga) menerusi Quartararo. Selain itu, pasukan juga meraih tiga petak utama, juga menerusi Quartararo di GP Sepanyol, Catalunya dan Belanda.

“Kami sangat berbangga dengan keputusan perlumbaan pertama menggunakan minyak enjin PETRONAS Sprinta dan minyak transmisi Tutela. Kata Pengurus Pasukan PETRONAS Yamaha SRT, Wilco Zeelenberg baru-baru ini.

“Adalah sesuatu yang sangat membanggakan apabila melihat bagaimana PETRONAS pantas bertindakbalas dengan keunikan cabaran MotoGP dan mampu membuahkan prestasi di tahap tertinggi.”

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here