Jom Tengok Aprilia RSV4 1100

1869

Adakah anda menolak peluang untuk melihat dari dekat keluaran tahun 2019 Aprilia RSV4 1100 dan sekaligus berpeluang menyaksikan secara langsung MotoGP Jerman.

Didi Resources Sdn. Bhd., Pengedar jenama Aprilia baru di Malaysia akan memperkenalkan motosikal baru iaitu Aprilia RSV 1100 pada hujung minggu ini.



Aprilia RSV4 1100 Factory boleh dikatakan pesaing utama kepada Ducati Panigale V4. Dengan enjin 1078cc V-Four menghasilkan 214 hp dan 122 Nm tork. Bateri litium ion Bosch dan ekzos Akrapovic. Berat hanya 199 kg.

Terdapat ciri-ciri terkini di model terbaru keluaran Aprilia ini. Antaranya ialah brek depan Stylema Brembo yang terbaru di depan. Lebih ringan tetapi lebih tegar daripada Brembo M50 Monobloc.

Terdapat salur udara untuk caliper depan. Fork depan adalah jenama Öhlins NIX dengan 125 mm (5 mm lebih) direka sedemikian bagi kesempurnaan semasa mengambil selekoh. Sementara penggantungan belakang dipasang Öhlins TTX.

Bentuk badan Aprilia RSV4 1100 sama seperti motosikal yang digunakan di MotoGP iaitu “aerobodies”.

Kepada peminat Aprilia silalah ke The Podium, Sungai Penchala, pada 7 Julai 2019. Pihak Didi Resources Sdn Bhd akan membuat pengumuman perihal Aprilia RSV4 1100 pada jam 6 petang.

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here