Ford paten alat kawalan kereta guna telefon pintar

1362

Ford telah memfailkan satu paten yang membolehkan telefon pintar atau tablet digunakan untuk mengawal stereng kereta anda. Alat kawalan kereta yang dikatakan itu membolehkan anda memandu kenderaan anda tanpa perlu berada didalamnya.

Jadi anda tidak perlu berjalan ke tempat meletak kenderaan untuk mendapatkan kenderaan anda.

Reka cipta yang diserahkan di Amerika Syarikat itu secara tidak langsung menerangkan cara pengendalian teknologi itu. Alat kawalan atau telefon pintar hanya perlu dipegang secara mendatar dan hanya perlu putarkan ke kanan atau kiri seperti pemanduan menggunakan stereng.



Alat kawalan kereta
Alat kawalan kereta

Kelajuan putaran telefon pintar juga bakal mengikut kelajuan putaran stereng kereta. Secara teorinya, kelajuan dan sistem untuk brek juga bakal aplikasikan pada telefon pintar dengan mencondongkan telefon ke depan dan ke belakang.

Sebagai pilihan alternatif kepada pengguna, gambar stereng bakal dipapar pada skrin telefon pintar. Telefon perlu disambungkan internet atau Wi-Fi mahupun Bluetooth bagi mengaktifkannya. Namun begitu, rangkaian penggunaannya hanya dalam jarak yang terhad.

Secara praktikal, teknologi ini boleh digunakan apabila anda tidak dapat masuk ke dalam kereta kerana parkir yang sempit. Sistem ini juga bakal disokong dengan sensor yang boleh berikan anggaran jarak dan kelajuan.

Sistem ini boleh dikatakan seperti bermain permainan video, namun yang membezakannya ialah, anda sedang memandu kereta sebenar. 

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here