Proton X70 mampu berinteraksi dengan pengguna

2849

Seperti yang dijanjikan Proton berkongsi lebih banyak maklumat tentang X70 setelah hampir sebulan SUV baharu dipamerkan kepada media di Malaysia. Sesi pratonton kedua Proton X70 secara eksklusif fokus kepada Sistem Maklumat Kokpit Bersepadu (GKUI).

Sistem ini menawarkan pelbagai fungsi melalui aplikasi serta pilihan untuk terus berhubung dengan jentera itu melalui telefon bimbit mereka.

Ketua Pegawai Eksekutif PROTON Dr Li Chunrong, Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif PROTON Dato’ Radzaif Mohamed dan barisan pengurusan kanan PROTON menjadi tuan rumah pada majlis eksklusif ini.



Dengan memperkenalkan kad eSIM, GKUI yang terdapat pada Proton X70 itu telah dimuatkan dengan lima aplikasi. Aplikasi-aplikasi itu menawarkan perkhidmatan seperti radio dan muzik dalam talian, navigasi, ramalan cuaca dan pengecaman suara.

Proton X70
Proton X70

Akses pada skrin sentuh

Ianya boleh diakses pada skrin sentuh antara muka berasaskan Android bersaiz 8 inci dengan paparan warna penuh 1280 x 720. Ia juga dilengkapi dengan ruang memori dalaman 16GB dan mempunyai sambungan Wi-Fi agar X70 boleh digunakan sebagai hotspot mudah alih.

Pengguna boleh memadankan kereta mereka dengan telefon bimbit peribadi melalui Proton Link dengan menggunakan identiti individu yang diberikan kepada setiap pembeli. Setelah itu mereka boleh membina profil daripada papan telematik yang boleh merakam data.

Antara data yang boleh dirakam adalah seperti jarak perjalanan, penggunaan bahan api, tempoh perjalanan serta maklumat servis berkala kereta pengguna. Terdapat juga fungsi ‘cari kereta saya’ yang akan berfungsi apabila pengguna meletakkan kereta mereka di kompleks tempat letak kereta yang besar.

Sistem GKUI yang terdapat pada Proton X70 membolehkan pemiliknya sentiasa berhubung dengan kereta mereka. Ia adalah sistem dua hala aktif yang menawarkan beberapa pilihan yang sesuai dengan kemudahan pemilik individu. Kelak, keupayaan untuk memuat turun aplikasi tambahan juga akan ditawarkan dan sama seperti telefon bimbit. Ini bermakna tiada persamaan dalam setiap kereta,” kata Abdul Rashid Musa, Ketua Pegawai Eksekutif PROTON Edar.

Bahagian dalaman
Bahagian dalaman

Model ini menggunakan sistem pengendalian android, oleh itu GKUI menawarkan pengguna telefon bimbit dengan kemampuan pencerminan. Pemilik aplikasi boleh mengakses telefon bimbit mereka pada skrin sentuh Proton X70 dan menikmati lebih banyak persambungan.

Manakala bagi Pengguna OS Apple pula, mereka tidak dapat melakukan perkara yang sama. Namun mereka boleh menyambung ke X70 melalui Bluetooth untuk mengakses fungsi panggilan telefon dan senarai kenalan.

Proton X70 guna sistem pengecaman suara

Terima kasih kepada teknologi perisian pengecaman suara. Kini tidak lagi mustahil bagi kemudahan fungsi bebas tangan yang ada pada Proton X70. Ia membolehkan pengguna memberi arahan secara lisan kepada kereta.

Akses kepada sistem diberikan apabila pemilik dengan mengucapkan frasa ‘Hi Proton’. Ia membuka kepada pelbagai pilihan yang boleh dikawal melalui arahan lisan. Akses ini boleh dilakukan bagi mengendalikan sistem tingkap dan penyaman udara serta mengakses aplikasi navigasi bagi mencari tempat makan yang berdekatan.

Bahagian dalaman - belakang
Bahagian dalaman – belakang

Proton X70 adalah model Proton pertama yang menggunakan teknologi pengecaman suara, iaitu fungsi yang akan dihargai oleh pemilik. Beratus-ratus sampel suara telah dicatat untuk setiap frasa. Ia dilakukan bagi memastikan sistem itu mempunyai ketepatan yang tinggi walaupun anda menggunakan dialek yang berlainan. Untuk kemudahan penggunaan, GKUI juga akan menunjukkan setiap frasa yang diucapkan di skrin untuk mengesahkan setiap arahan.”

“Pada masa kini, GKUI menawarkan pengecaman suara untuk frasa bahasa Inggeris sahaja kerana terdapat batasan perisian. Namun, kami telah memastikan frasa yang diiktiraf adalah mudah digunakan walaupun pemilik yang tidak fasih untuk menutur bahasa tersebut,” tambah Abdul Rashid.

Tempah Proton X70 mulai 17 Oktober 2018

Seiring dengan teknologi terkini yang ditonjolkan pada SUV pertama, PROTON akan mengaktifkan tempahan dalam talian di laman sesawangnya pada 17 Oktober 2018. Bagi memudahkan dan menjimatkan masa pelanggan, pelanggan boleh membuat tempahan Proton X70 dan membayar deposit secara dalam talian.

Meter
Meter

“Kami mahu menjadikannya semudah mungkin bagi rakyat Malaysia untuk menempah Proton X70 kerana kami fikir ini adalah bersesuaian ke arah itu. Untuk mempromosikan saluran baharu kami, kami akan menjalankan promosi selama tiga hari dari tarikh pelancaran. Di mana mereka yang membuat tempahan untuk Proton X70 akan menerima hadiah khas,” kata Abdul Rashid.

Tempahan serta bayaran deposit atas talian di laman sesawang PROTON bakal dibuka bermula pada 17 Oktober 2018 untuk para pelanggan yang berminat.

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here