Juara Dunia MotoGP 2018 milik Marc Marquez

1202

Akibat pelumba Ducati jatuh memberikan laluan kepada Marc Marquez di nobatkan sebagai Juara Dunia MotoGp 2018.

MARC Marquez merangkul kejuaraan dunia kelima MotoGPnya dalam masa enam tahun.



Pelumba berusia 25 tahun itu berjaya mengharumkan nama Honda selepas pesaing utamanya Andrea Dovizioso jatuh, di dua pusingan terakhir.

Marquez kini mengukir tujuh gelaran dunia untuk dirinya selepas kejayaan dalam kategori Moto2 dan Moto3.

Beliau merupakan pelumba termuda untuk memenangi lima gelaran kelas utama dan kini akan pergi ke Phillip Island untuk GP Australia hujung minggu depan di samping meraikan kemenangan.

“Saya sangat gembira. Saya menyerang Dovi sebelum pusingan terakhir kerana saya rasa saya mempunyai lebih banyak peluang, “kata Marquez.

Dovizioso yang mendahului perlumbaan sebanyak 24 pusingan, namun nasib tidak menyebelahi, apabila tayar depan Dovizioso tergelincir di selekoh ke  10, memberikan laluan mudah kepada Marquez melangkah menuju kejuaraan MotoGp 2018 di Motegi.

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here