Mercedes-Benz C-Class dilancarkan di Malaysia

3487

Mercedes-Benz Malaysia (MBM) melancarkan Mercedes-Benz C-Class facelift baru-baru ini. Ia ditawarkan dengan dua varian iaitu C 200 Avantgarde dan C 300 AMG Line. Turut diperkenalkan model Mercedes-AMG C 43 4Matic W205.

Mercedes-Benz C 200 Avantgarde

Reka bentuk

Reka bentuk C-Class kini hadir dengan lampu utama serta lampu belakang baru. Lampu utama kini dilengkapi dengan Multibeam LED manakala lampu belakang LED berbentuk C hadir pada model spesifikasi tinggi ini.

Generasi C-Class baru ini dilengkapi dengan ciri kualiti tinggi bagi bahagian kabinnya. Ia dilengkapi dengan panel instrumen digital bersaiz 12.3 inci dengan pilihan gaya paparan Classic, Sport dan Progressive.Ia juga dilengkapi dengan skrin resolusi tinggi berukuran 10.25 inci dan ia juga hadir dengan rekaan stereng baru.



C-Class kini juga hadir dengan ciri KEYLESS-GO. Ia membenarkan akses dan pemanduan sekiranya kunci berada dalam poket anda. Semua pintu boleh dibuka dan dikunci hanya dengan menyentuh pemegang pintu.

Manakala bagi Mercedes-AMG C 43 4Matic W205 pula ia diperbaharui dengan sedikit kelainan pada bahagian bampar depan.

Mercedes Benz C 300 AMG Line

Jenis enjin bagi setiap varian

Bagi sistem enjin pula, C 200 menggunakan enjin 1.5 liter twin-scroll turbo dengan kuasa 181 hp dan tork 280Nm. Enjin itu juga dilengkapi dengan ciri sistem elektrik EQ Boost 48-volt dengan penghidup/alternator pacuan tali sawat. Ia dapat menyumbangkan tenaga tambahan 13 hp dan 160 Nm.

C 300 pula menggunakan enjin M264 2.0 liter twin-scroll kuasa 255hp dan tork maksimum sebanyak 370 Nm. Kedua-dua varian ini menggunakan transmisi 9G-Tronic sembilan-kelajuan yang mana ia merupakan ciri baru pada varian C 300.

C43 pula hadir dengan enjin Enjin M276 3.0 liter turbo berkembar V6 yang diubah berkuasa 23hp hingga 390hp dengan tork maksimum 520Nm.

Mercedes-AMG C 43 4Matic W205.

Ciri keselamatan dan harga

Satu ciri baru pada varian C 200 adalah ia dilengkapi dengan bantuan titik buta yang mana ia berfungsi untuk memberi amaran kepada pemandu sekiranya terdapat bahaya pada bahagian sisi. Ia berfungsi pada kelajuan 10 kilometer sejam (km/j) hingga 200 km/j.

Kedua varian C 300 dan C 43 dilengkapi dengan sistem Active Lane Keeping Assist. Sistem ini membolehkan pemandu merasai getaran pada stereng sekiranya kereta keluar daripada garisan jalan. Ia berfungsi pada kelajuan 60 km/j hingga 200 km/j.

Mercedes-Benz C 200 Avantgarde dijual pada harga bermula RM259,888, varian C 300 AMG bermula pada harga RM304,888 manakala varian C 43 4MATIC RM421,888 atas jalan tidak termasuk insurans.

 

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here